|
(Extracted from hansard dated 28-03-2007)
10.35 pg
Tuan Loh Seng
Kok [Kelana Jaya]
minta Menteri
Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan kriteria pemilihan felo di
Akademi Sains Malaysia, apakah peranan dan bagaimana menonjolkan
penglibatan mereka untuk menggalak dan merangsang pembangunan sains,
nyatakan penyelidikan dan hasil ciptaan sains yang paling berjaya dan
sumbangannya.
Setiausaha
Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi [Profesor Datuk Dr.
Mohd. Ruddin bin Ab. Ghani]:
Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua dan Yang Berhormat semua. Pelantikan Felo Akademi Sains
Malaysia adalah satu pengiktirafan unggul terhadap sumbangan cemerlang
individu dalam bidang sains, teknologi dan inovasi. Kriteria pemilihan
Felo di Akademi Sains Malaysia mengambil kira pelbagai aspek termasuklah
pencapaian cemerlang individu ataupun kepimpinan dalam sains
kejuruteraan dan teknologi, pengurusan berinovatif atau pembangunan
industri teknologi, atau operasi teknologi dalam industri bukan
teknologi atau organisasi atau institusi kerajaan atau bukan kerajaan
atau yang berurusan dengan isu-isu yang berkaitan dengan sains dan
teknologi. Yang ketiga, sumbangan cemerlang dalam aspek hubung kait
antara sains, kejuruteraan, teknologi dan juga masyarakat.
Tuan Yang
di-Pertua, Akademi Sains Malaysia adalah merupakan sebuah ‘think
tank’
dalam bidang sains dan teknologi. Oleh itu, peranan Felo Akademi Sains
Malaysia yang paling utama adalah sumbangan buah fikiran dan idea
mengenai kepakaran dan pengalaman mereka yang datang daripada pelbagai
disiplin sains dan teknologi seperti Sains Perubatan, Sains Biologi,
Sains Kimia, Sains Fizik dan Matematik Kejuruteraan, Teknologi Maklumat
dan juga Pembangunan Sains, Teknologi dan Inovasi.
Para Felo Akademi
Sains Malaysia telah memberi sumbangan yang
significant
di dalam
penggubalan Polisi Sains dan Teknologi Negara melalui kajian semula
Dasar Sains dan Teknologi Negara. Yang kedua dan menyediakan
laporan-laporan kajian kepada negara dalam pelbagai bidang. Sumbangan
para Felo juga disalurkan melalui penglibatan secara langsung di dalam
projek-projek Rancangan Malaysia Kesembilan seperti ‘Brain
Gain
Malaysia’ dan penyelidikan Antartika kebangsaan. Para Felo Akademi Sains
Malaysia juga memberi sumbangan dan input strategik melalui penyertaan
di pelbagai mesyuarat dan aktiviti antarabangsa.
Di antara
organisasi Sains dan Teknologi Antarabangsa yang di anggotai oleh felo
adalah
Federation of Asian Scientific Academies and Societies
(FASAS),
Inter Academic
Council
(IAC),
The Academy of
Science for Developing World
(TWAS) dan
lain-lain lagi. Selain itu para felo Akademi Sains Malaysia juga turut
terlibat di dalam pelbagai aktiviti kesedaran sains terutamanya
memainkan peranan sebagai
role model
kepada
generasi muda. Terima kasih.
Tuan Loh Seng
Kok [Kelana Jaya]:
Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan yang di beri oleh Yang
Berhormat Setiausaha Parlimen. Kini Tuan Yang di- Pertua, melebihi 100
orang telah di lantik menjadi felo di dalam Akademik Sains Malaysia
dalam pelbagai bidang. Dan kadang-kadang mereka memainkan peranan
menggalakkan penyelidikan dan daya reka ciptaan di kalangan ahli sains
atau jurutera atau pun ahli teknologi yang muda. Kadang-kadang mereka
juga menjadi fasilitator di dalam menganjurkan forum penukaran pendapat
di kalangan Ahli-ahli sains atau jurutera atau pun ahli teknologi di
dalam atau pun di luar negara. Maka saya rasa mereka ini bukan sekadar
menjadi fasilitator atau pun menggalakkan ahli-ahli yang baru. Mereka
ini mempunyai kepakaran dan pengalaman tertentu. Maka saya hendak tanya
pihak Kementerian, apakah kementerian mempunyai sistem atau pun memberi
dasar untuk menggalakkan supaya felo-felo ini dapat memperdalamkan atau
pun mempertingkatkan memperkasakan lagi kepakaran mereka dalam
bidang-bidang tertentu. Apakah dana kecemerlangan saintifik, SAGA -
Scientific
Advancement Grant Allocation
di peruntukkan
kepada mereka untuk menjalankan penyelidikan yang selanjutnya. Supaya
mereka tidak dipertikaikan lagi. Minta penjelasan. Terima kasih.
Profesor
Datuk Dr. Mohd. Ruddin bin Ab. Ghani:
Terima kasih Yang
Berhormat. Sebenarnya kita memang ada memberi sumbangan kepada
badan-badan NGO yang berbentuk Institusi daripada bidang sains. Seperti
Institut Fizik Malaysia, Institut Kimia Malaysia dan sebagainya. Dan
kebanyakan ‘pristine’
daripada institut-institut dalam bidang ini adalah merupakan ahli felo
daripada Akademi Sains Malaysia sendiri. Jadi untuk makluman Yang
Berhormat, sekarang ini kita ada seramai 137 orang felo dan Ahli Majlis
seramai 16 orang.
|