|
Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan bilangan penumpang yang dikendalikan
masing-masing oleh KLIA dan Terminal LCC bagi tahun 2005 dan 2006 serta
usaha pemantauan perkhidmatannya. Apakah projek pembangunan bagi
Terminal LCC dan KLIA dalam RMK-9 untuk meningkatkan perkhidmatan kepada
penumpang.
JAWAPAN:
Tuan Yang DiPertua,
Pada tahun 2005, KLIA telah mengendalikan seramai 23.2 juta penumpang.
Pada tahun berikutnya iaitu 2006, jumlah keseluruhan penumpang yang
dikendalikan di KLIA sendiri ialah seramai 24.0 juta penumpang, yang
mana 19.4 juta penumpang dikendalikan di KLIA dan selebihnya iaitu 4.6
juta penumpang dikendalikan di Terminal Low
Cost Carrier (LCC).
Perkhidmatan-perkhidmatan penumpang di KLJA dan Terminal LCC adalah
disediakan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB
melaksanakan sistem pemantauan ke atas perkhidmatan-perkhidmatan
tersebut berasaskan kepada piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh
Airports Council International (ACI) melalui satu program yang
dinamakan Airport Service Quality (ASQ Programme). Antara
piawaian yang ditetapkan di bawah program ini ialah melibatkan kemudahan
kaunter daftar masuk, tandas, kemudahan tempat makan, troli dan papan
tanda. MAHB juga mengendalikan kaji selidik berterusan terhadap tahap
perkhidmatan penumpang yang disediakan dan hasil kaji selidik itu dikaji
secara terperinci oleh Jawatankuasa ASQ secara berkala iaitu setiap 3
bulan sekali.
Di samping itu, terdapat satu lagi Jawatankuasa Kemudahan atau
Facilitation Committee yang keanggotaannya terdiri daripada
wakil-wakil syarikat/agensi kerajaan yang memberi perkhidmatan di
lapangan terbang serta juga wakil daripada Kementerian Pengangkutan
untuk memantau mutu perkhidmatan dan keadaan kemudahan-kemudahan yang
disediakan di lapangan terbang.
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), terdapat banyak
projek-projek pembangunan bagi KLIA dan Terminal LCC akan dilaksanakan.
Satu projek utama yang akan meningkatkan perkhidmatan kepada penumpang
secara langsung ialah Projek Peningkatan Kendalian Bagasi di KLIA
(Baggage Handling System) yang memudahkan dan mempercepatkan
pengendalian bagasi penumpang.
Bagi Terminal LCC, terdapat banyak projek yang bertujuan untuk
meningkatkan operasi penerbangan dari segi sistem pandu arah dan operasi
landasan.
|