|
Tuan Loh Seng Kok [ Kelana Jaya ]
minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan bilangan kedai
menjual senjata api yang telah diluluskan dan taburan mengikut negeri.
Apakah jenis dan bilangan senjata api yang dijual kepada orang awam dan
kawalannya.
JAWAPAN:
Tuan Yang Dipertua,
Pada ketika ini terdapat 75 buah premis di seluruh Malaysia yang
berkecimpung di dalam perniagaan menjual senjatapi dan peluru. Pecahan
premis mengikut negeri adalah seperti berikut: -
|
Bil
|
Negeri
|
Jenis perniagaan
|
Jumlah
|
|
Senjatapi dan peluru
|
Senjatapi sahaja
|
Peluru sahaja
|
|
|
1
|
Selangor
|
3
|
-
|
-
|
3
|
|
2
|
Kuala Lumpur
|
5
|
-
|
-
|
5
|
|
3
|
Negeri Sembilan
|
4
|
-
|
-
|
4
|
|
4
|
Melaka
|
3
|
-
|
-
|
3
|
|
5
|
Johor
|
4
|
-
|
-
|
4
|
|
6
|
Pahang
|
4
|
-
|
-
|
4
|
|
7
|
Terengganu
|
5
|
-
|
-
|
5
|
|
8
|
Kelantan
|
7
|
-
|
-
|
7
|
|
9
|
Pulau Pinang
|
2
|
-
|
-
|
2
|
|
10
|
Perak
|
-
|
7
|
-
|
7
|
|
11
|
Kedah
|
-
|
-
|
1
|
1
|
|
12
|
Sabah
|
5
|
-
|
-
|
5
|
|
13
|
Sarawak
|
-
|
15
|
10
|
25
|
|
|
Jumlah
|
42
|
22
|
11
|
75
|
Tuan Yang Dipertua,
Jenis senjatapi yang dibenarkan untuk diniagakan merupakan senjatapi
jenis bukan otomatik seperti pistol, 'shotgun', 'pumpgun', raifal .22
dan lain-lain jenis senjatapi yang tertakluk kepada peruntukan akta
Senjata 1960.
Tuan Yang Dipertua,
Penjualan senjatapi hanya boleh dibuat kepada individu yang telah
diluluskan pemilikannya samada di peringkat Polis DiRaja Malaysia atau
setelah rayuannya diluluskan di peringkat Kementerian. Permit untuk
mengimport senjatapi adalah dipohon di peringkat Ibu Pejabat Polis
Daerah di mana syarikat pemohon beroperasi.
Tuan Yang Dipertua,
Bagi tempoh tahun 2004 hingga 2007, rekod mencatatkan pemilikan
senjatapi setakat ini berjumlah sebanyak 3,583 pemilikan. Daripada 1,636
lesen senjatapi telah diluluskan di dalam tempoh yang sama, sebanyak 969
lesen meliputi pindahmilik senjatapi manakala 667 adalah untuk kelulusan
lesen-lesen baru. Pada masa yang sama sebanyak 439 lesen pemilikan
senjatapi telah dibatalkan.
|