|
Y.B. TUAN LOH SENG KOK
[Kelana Jaya] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sejauh
manakali kejayaan pelaksanaan Faedah Pinjaman Pendidikan PERKESO
dijalankan dapat membantu pengajian dan pelajaran anak-anak pekerja.
Jelaskan garis panduan dan kuantum atau amaun pinjaman pendidikan kepada
pelajar mengikut kursus pengajian.
JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Jumlah orang yang telah
diberi Pinjaman Pendidikan PERKESO mengikut tahun adaiah seperti berikut:
-
|
Tahun |
Bil.
Pelajar |
|
1999 |
609 |
|
2000 |
550 |
|
2001 |
469 |
|
2002 |
311 |
|
2003 |
199 |
|
2004 |
317 |
|
2005 |
147 |
|
2006 |
146 |
Di antara syarat-syarat
kelayakan yang ditetapkan bagi memohon Faedah Pinjaman Pendidikan
PERKESO adalah seperti berikut:
i) Pemohon
merupakan anak tanggungan kepada Orang Berinsurans yang sedang menerima
faedah jangka panjang PERKESO iaitu sama ada Faedah Orang Tanggungan,
Pencen Penakat, Pencen hat atau Faedah Hilang Upaya Kekal Berkala;
ii) Belum
berkahwin;
iii) Belum
mencapai umur 21 tahun semasa permohonan diterima PERKESO;
iv) Telah
mendaftar diri untuk mengikuti pengajian di mana-mana Institusi
Pengajian tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
tempatan di peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah. IPTS yang diikuti juga
hendaklah telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun dan diluluskan
oleh Jabatan Pendidikan Swasta (JPS), Kementerian Pendidikan Malaysia
dengan kursus yang diluluskan oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN);
v) Tempoh
pengajian kursus peringkat Sijil hendaklah sekurang-kurangnya 1 tahun
dan mendapat pentauliahan Jabatan Pembangunan Kemahiran (MLVK),
Kementerian Sumber Manusia.
vi) Pengajian
hendaklah keseluruhannya di dalam Malaysia dan bersifat sepenuh masa;
vii) Tidak
mendapat tajaan biasiswa / pinjaman atau bantuan penuh pelajaran dan
agensi lain;
viii) Kewangan
keluarga tidak dapat menampung perbelanjaan penggajiannya dan
ix) Memenuhi
syarat-syarat kelulusan akademik sebagaimana yang ditetapkan PERKESO
mengikut bidang pengajian masing-masing.
Tempoh bayaran balik
pinjaman adalah seperti jadual di bawah.
JADUAL TEMPOH BAYARAN BALIK DAN KELAYAKAN UMUR
PENJAMIN PINJAMAN PENDIDIKAN PERKESO BAGI PENGAJIAN PERINGKAT SIJIL,
DIPLOMA DAN IJAZAH
|
JUMLAH PINJAMAN
(RM) |
TEMPOH BAYARAN BALIK MENGIKUT TAHUN |
KELAYAKAN UMUR PENJAMIN (TIDAK MELEBIHI) |
|
1,000—2,500 |
2 Tahun |
54 Tahun |
|
2,501
—5,000 |
3 Tahun |
53 Tahun |
|
5,00 1
—7,500 |
4 Tahun |
52 Tahun |
|
7,501 —
10,000 |
5 Tahun
3 Bulan |
50 Tahun |
|
10,001 —
12,500 |
5 Tahun
5 Bulan |
50 Tahun |
|
12,50 1
— 15,500 |
6 Tahun
6 Bulan |
49 Tahun |
|
15,001 —
17,500 |
7 Tahun |
49 Tahun |
|
17,501
—20,000 |
8 Tahun |
48 Tahun |
|
20,00 1
—22,500 |
8 Tahun
5 Bulan |
47 Tahun |
|
22,501
—25,000 |
9 Tahun
4 Bulan |
46 Tahun |
|
25,001
—27,500 |
10 Tahun |
46 Tahun |
|
27,501
—50,000 |
15 Tahun |
41 Tahun |
|
50,001 —
100,000 |
20 Tahun |
36 Tahun |
|
100,000
Ke atas |
25 Tahun |
31 Tahun |
a) Di
samping itu, caj perkhidmatan sebanyak 4 peratus setahun berdasarkan
baki pokok.
b) Semua
bidang pengajian di IPTA & IPTS yang diiktiraf oleh LAN atau Jabatan
Pembangiman Kemahiran (MLVK) bagi peringkat sijil.
c) Bagi
pinjaman yang berjumlah di bawah RM100,000.00 dua (2) orang penjamin
dengan syarat gaji atau jumlah pendapatan bulanan tidak kurang daripada
RM1,000.00.
d) Bagi
pinjaman yang mencapai amaun RM100,000.00 dan ke atas, tiga (3) orang
penjamin dengan syarat gaji atau jumlah pendapatan bulanan tidak kurang
daripada RM1,500.00.
|