|
Loh Seng Kok (Kelana Jaya) minta MENTERI KESELAMATAN DALAM
NEGERI menyatakan fenomena dan kesahan (legality) pegawal
keselamatan upahan penduduk, pintu pagar atau palang penghalang jalan
masuk atau pondok penjaga di taman perumahan. Apakah ini menggambarkan
taraf keselamatan masyarakat yang kurang baik, di samping menggalakkan
pemisahan sosial (social segregation).
JAWAPAN:
Tuan Yang Dipertua,
Akta Ejensi Persendirian 1971 memperuntukkan supaya
aktiviti kawalan keselamatan hendaklah mempunyai lesen yang sah yang
dikeluarkan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Mengenai fenomena
pengawal keselamatan yang diupah oleh penduduk, ianya di atas inisiatif
persatuan penduduk itu sendiri dengan cara melantik syarikat-syarikat
kawalan keselamatan yang berlesen.
Berkenaan taraf keselamatan masyarakat yang
digambarkan sebagai kurang baik adalah tidak benar. Malah dakwaan ia
menggalakkan pemisahan sosial adalah tidak berasas sama sekali. Tindakan
menggaji pengawal keselamatan ini hanya sebagai langkah tambahan
penduduk untuk meningkatkan lagi kualiti keselamatan mereka.
|