|
(Extracted from hansard dated 11-04-2007)
10.20 pg.
Tuan Loh Seng
Kok [Kelana Jaya]
minta Menteri
Sember Asli dan Alam Sekitar menyatakan perjanjian-perjanjian alam
sekitar antarabangsa yang telah ditandatangani oleh Malaysia dan
fokusnya. Apakah perjanjian alam sekitar antarabangsa yang belum
ditandatangani dan mengapa.
Timbalan
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Dato' S. G. Sothinathan]:
Tuan Yang
di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan kepada
maklumat yang dikeluarkan oleh United Nations Environment Programme
ataupun UNEP, bilangan perjanjian alam sekitar antarabangsa yang
diwujudkan sejak tahun 1933, sama ada di peringkat sejagat ataupun di
peringkat serantau adalah melebihi 200 perjanjian kesemuanya. Pada
ketika ini, Malaysia telah menandatangani atau meratifikasi lebih kurang
40 perjanjian alam sekitar.
Namun begitu,
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar hanya bertanggungjawab ke atas
20 perjanjian alam sekitar pelbagai hala. Manakala lain-lain perjanjian
alam sekitar terletak di bawah kementerian lain. Umpamanya Konvensyen
Mengenai Pengurunan ataupun
Convention to Combat Desertification
di bawah
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan
International
Convention For The Prevention of Pollution From Ships
di bawah
Kementerian Pengangkutan.
Antara perjanjian
alam sekitar yang telah ditandatangani ataupun diratifikasi termasuk
yang meliputi isu-isu seperti perubahan iklim, kepelbagaian biologi,
bahan kimia, lapisan ozon, pencemaran minyak, tanah lembap, perdagangan
flora dan fauna, pertanian dan sebagainya.
Sebagai
focal point
Kementerian Sumber
Asli dan Alam Sekitar bertanggungjawab untuk menyelaras segala aktiviti
dan strategi-strategi untuk melaksanakan perjanjian tersebut di
peringkat kebangsaan. Malaysia juga telah menandatangani kebanyakan
perjanjian alam sekitar pelbagai hala yang telah diberi keutamaan oleh
masyarakat antarabangsa. Antaranya adalah seperti berikut:
(i) Konvensyen
Rangka Kerja Perubahan Iklim;
(ii)
Konvensyen Kepelbagaian Biologi;
(iii)
Konvensyen Vessel Mengenai Pergerakan Merentasi Sempadan Bahan
Buangan Berbahaya;
(iv)
Konvensyen Vienna Mengenai Lapisan Ozon;
(v) Konvensyen
Stockholm Mengenai Persistent Organic Pollutant;
(vi)
Konvensyen ‘Ram Sam’ Mengenai Tanah Lembap; dan
(vii)
Konvensyen Mengenai Perdagangan Spesies Flora dan Fauna Yang Diancam
Kepupusan.
Untuk makluman
Ahli Yang Berhormat, seterusnya Malaysia hanya menandatangani perjanjian
yang tertentu sahaja kerana terdapat perjanjian alam sekitar yang kadang
kala tidak membawa banyak manfaat kepada negara secara langsung ataupun
mempunyai sedikit kepentingan kepada negara. Terdapat juga perjanjian
alam sekitar yang hanya diwujudkan bagi rantau-rantau tertentu,
umpamanya Konvensyen Mengenai Penilaian Impak Alam Sekitar dalam konteks
merentasi sempadan bagi Kesatuan Eropah sahaja ataupun Konvensyen Novaco
mengenai bahan buangan berbahaya yang khusus untuk Benua Afrika sahaja.
Justeru sebelum
Malaysia menjadi peserta kepada sebarang perjanjian alam sekitar,
kementerian akan membuat kajian dan menganalisis manfaat yang bakal
diperoleh dan juga menimbang sumbangan yang boleh di buat oleh negara
apabila menjadi peserta kepada perjanjian tersebut. Terima kasih.
Tuan Loh Seng
Kok [Kelana Jaya]:
Terima kasih, Tuan
Yang di-Pertua. Terima kasih ke atas jawapan yang diberi oleh Yang
Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang
di-Pertua, sebagai warganegara Malaysia sudah tentu kita percaya di mana
negara kita sendiri yang memang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan
kualiti alam sekitar dan memelihara alam sekitar dan hidupan. Akan
tetapi,
standing
ataupun kedudukan
negara kita, perihal kemesraan alam sekitar negara kita di mata dunia
masih kurang memuaskan dan sentiasa dipertikaikan oleh golongan-golongan
tertentu. Seperti contohnya, negara Barat, negara maju pada suatu ketika
suka menggunakan subjek berkaitan dengan hak asasi manusia -
human rights
dengan izin,
sebagai salah satu unsur di dalam rundingan antarabangsa mengenai
hubungan dua hala, rundingan mengenai perdagangan dan sebagainya.
Kini ditambah lagi
dengan satu isu, iaitu isu alam sekitar sebagai pertimbangan dalam
rundingan-rundingan yang berkenaan. Maka persoalannya ialah, Malaysia
belum menandatangani banyak lagi perjanjian alam sekitar. Apakah dalam
keadaan-keadaan yang tertentu dan terdesak ataupun keadaan yang perlu,
bagaimanakah negara kita dapat mewujudkan satu rangkaian usaha sama
dengan negara-negara lain, dengan masyarakat antarabangsa untuk
mendapatkan bantuan kepakaran dan sumber-sumber tertentu untuk menangani
masalah alam sekitar dan juga masalah-masalah yang berkaitan dengan
hubungan dua hala dan juga hubungan mengenai perdagangan. Minta
penjelasan.
Dato' S. G.
Sothinathan:
Terima kasih Yang
Berhormat, sebenarnya walaupun kita mendapat kritikan daripada
pihak-pihak tertentu tetapi secara keseluruhan di peringkat antarabangsa
dari segi pemeliharaan alam sekitar memang negara kita berada di tahap
yang membanggakan. Tetapi, biasanya kritikan itu datang dari pihak-pihak
yang tertentu yang sebenarnya mereka sendiri tidak menandatangani
perjanjian-perjanjian alam sekitar yang penting seperti yang saya
katakan tadi iaitu Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim yang
berkaitan dengan ini adalah macam Kyoto Protocol.
Ada juga
negara-negara besar yang tidak menandatangani perjanjian yang sangat
penting ini tetapi cuba mempertikaikan kedudukan kita dan membawa ini
sebagai satu isu dalam perdagangan. Padahal mereka sendiri tidak
meratifikasi dan seluruh dunia termasuk negaranegara Eropah walaupun
membuat kecaman dan juga menegaskan mereka untuk meratifikasikan
perjanjian seumpama ini, mereka tidak. Tetapi pada pandangan saya,
Malaysia telah pun meratifikasikan ataupun menandatangani segala
perjanjian-perjanjian alam sekitar yang penting yang melibatkan
peringkat antarabangsa dan juga serantau.
Jadi saya rasa
tidak ada sebarang asas dalam sebarang kritikan mereka. Ini cuma untuk
memperkukuhkan lagi kedudukan mereka dalam perundingan perdagangan
sahaja, tetapi saya rasa semua ini tidak ada asas. Terima kasih.
(Jawapan
tambahan bertulis)
|