(Extracted from hansard dated 16-04-2007)
Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya] minta Menteri
Kesihatan menyatakan bilangan pesakit baru ginjal (buah pinggang) setiap
tahun dan punca penyakit serta langkah-langkah yang perlu diambil oleh
rakyat. Apakah kos yang ditanggung oleh kerajaan dan bajet yang
disediakan setiap tahun untuk peralatan rawatan serta ubatan.
Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan [Dato' Lee Kah
Choon]: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, untuk
makluman Yang Berhormat terdapat banyak penyakit ginjal. Tetapi penyakit
yang utama ialah mengenai kegagalan ginjal atau
dianggarkan sebanyak 2,700 orang
setahun.
Punca utama penyakit end-stage renal disease
ialah penyakit kencing manis dan darah tinggi yang tidak di kawal.
Keadaan ini boleh menyebabkan komplikasi di beberapa organ termasuk buah
pinggang. Antara langkah-langkah yang perlu diambil termasuk pengawal
baik penyakit kencing manis dan darah tinggi serta diagnosis awal
penyakit-penyakit tersebut dan rawatan awal untuk mengelakkan komplikasi.
Sehingga akhir tahun 2006, Kementerian Kesihatan telah
membelanjakan sebanyak RM79 juta di bawah peruntukan belanja mengurus
untuk aktiviti nefrologi yang termasuk rawatan dialisis. Manakala
bantuan kewangan yang diberikan kepada badan-badan bukan kerajaan atau
NGO untuk rawatan dialisis adalah lebih daripada RM19 juta, terima kasih.
Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang
Berhormat Setiausaha Parlimen. Nampaknya kebanyakan pesakit buah
pinggang ini adalah daripada golongan berpendapatan rendah dan mereka
terpaksa menjalankan rawatan hemodialisis satu minggu dua hingga tiga
kali dan setiap kali mengambil masa satu jam hingga dua jam lebih.
Oleh itu saya hendak minta penjelasan adakah pihak
kementerian bersedia untuk membantu golongan berpendapatan rendah ini
kerana pusat-pusat rawatan hemodialisis ini tidak banyak di dalam negara
kita. Kita mempunyai hospital, pusat kesihatan di setiap pelosok negara.
Maka boleh tidak pihak kementerian mewujudkan rawatan hemodialisis ini
di setiap hospital yang ada dalam negara kita supaya menyenangkan
golongan berpendapatan rendah untuk mencari tempat rawatan hemodialisis,
minta penjelasan. Terima kasih.
Dato' Lee Kah Choon: Terima kasih Yang Berhormat.
Anggapan bahawa penyakit ini menyerang orang yang berpendapatan rendah
ini adalah satu tanggapan yang tidak berapa tepat kerana penyakit ini
dia akan serang selagi kita mengambil gula yang banyak, yang pentinglah
aspeknya. Berkaitan dengan rawatan yang kita bagi, setiap kali adalah
empat jam dan bagi