|
Tuan Loh Seng Kok
minta MENTERI KEWANGAN menyatakan Lesen Pengurupan Wang di bawah
Akta Pengurupan Wang 1998 dikeluarkan terkini mengikut negeri dan
bilangan lesen yang dibatalkan serta sebabnya. Apakah prospek industri
pengurupan wang negara dan kawalan terhadap money Iaundry.
JAWAPAN:
Tuan Yang DiPertua,
1. Untuk makluman Yang
Berhormat, sehingga 31 Mac 2007, Bank Negara Malaysia (BNM) telah
mengeluarkan 925 lesen pengurupan wang termasuk 127 lesen cawangan yang
dikeluarkan di bawah Akta Pengurupan Wang 1998 (Akta). Perincian lesen
mengikut negeri adalah seperti yang berikut:
Jumlah Lesen Yang
Dikeluarkan Mengikut Negeri
|
No.
|
Negeri
|
Jumlah
Lesen |
Jenis Lesen |
|
Ibu Pejabat |
Cawangan |
|
1 |
Wilayah
Persekutuan |
207 |
177 |
30 |
|
2 |
Johor |
194 |
166 |
28 |
|
3 |
Selangor |
145 |
113 |
32 |
|
4 |
Pulau
Pinang |
90 |
81 |
9 |
|
5 |
Sabah |
63 |
57 |
6 |
|
6 |
Sarawak |
60 |
53 |
7 |
|
7 |
Perak |
43 |
39 |
4 |
|
8 |
Kedah |
40 |
37 |
3 |
|
9 |
Negeri
Sembilan |
26 |
20 |
6 |
|
10 |
Melaka
|
23 |
22 |
1 |
|
11 |
Pahang |
16 |
15 |
1 |
|
12 |
Perlis |
8 |
8 |
0 |
|
13 |
Terengganu |
6 |
6 |
0 |
|
14 |
Kelantan |
4 |
4 |
0 |
|
Jumlah |
925 |
798 |
127 |
2. Semenjak Akta ni
berkuat kuasa pada 25 September 1998 sehingga 31 Mac 2007, sebanyak 64
lesen pengurupan wang telah dibatalkan. Pembatalan lesen ini kerana
pemegang lesen melanggar peruntukan dan peraturan-peraturan yang dibuat
dibawah Akta. Butir-butir pembatalan lesen adalah seperti yang berikut:
Jumlah Lesen Yang
Dibatalkan Dan Sebab Pembatalan
|
No.
|
Jumlah
Lesen Dibatalkan |
Sebab
Pembatalan |
|
1 |
31 |
Seksyen
60 Akta Pengurupan Wang 1998
Kegagalan 31 pemegang lesen untuk memindahkan perniagaan
daripada ketuanpunyaan tunggal (sole proprietorship) kepada
syarikat dan tidak meningkatkan modal saham berbayar kepada
RM100,000 dalam jangka waktu 5 tahun dan tanikh yang ditetapkan,
iaitu 25 September 1998.
|
|
2 |
30 |
Seksyen
9(2) Akta Pengurupan Wang 1998
Kegagalan 30 pemegang lesen untuk memperbaharui lesen perniagaan
pengurupan wang mereka dalam tempoh yang ditetapkan di bawah
seksyen 9(2) Akta Pengurupan Wang 1998, iaitu 1 bulan sebelum
tamat tempoh lesen.
|
|
3 |
3 |
Sebanyak
3 pemegang lesen telah melanggar pelbagai peruntukan Akta
Pengurupan Wang 1998 seperti yang berikut:
Berhenti daripada menjalankan
perniagaan pengurupan wang
Membuka atau menempatkan
semula pejabat perniagaan pengurupan wang tanpa kelulusan
bertulis daripada BNM
Tidak mempamerkan lesen
perniagaan pengurupan wang
Menukar butir-butir pemegang
lesen yang dikemukakan semasa permohonan untuk mendapatkan lesen
tanpa kelulusan bertulis daripada BNM terlebih dahulu
Memegang mata wang asing
melebihi jumlah bersamaan RM250,000
|
|
Jumlah |
64 |
|
3. Industri pengurupan
wang memainkan peranan penting dalam membantu pertumbuhan sektor
pelancongan negara, yang menyumbangkan kira-kira 10 peratus kepada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2006. Secara purata,
industri ini mencatat jumlah transaksi (turnover) tahunan sebanyak RM28
bilion. Sehingga kini, 798 syarikat pengurupan wang berlesen menguasai
lebih 85 peratus daripada jumlah pasaran pengurupan wang, manakala
bakinya oleh “bureau de changes’ yang dimiliki oleh institusi kewangan
tempatan.
4. Sebagai penyumbang
penting kepada pasaran pengurupan wang, industri ini dijangka mempunyai
prospek yang menggalakkan selaras dengan pertumbuhan sektor pelancongan
yang merupakan salah satu sumber utama pertukaran asing yang menyumbang
kepada pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan guna tenaga serta mengukuhkan
akaun perkhidmatan dalam imbangan pembayaran dalam Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK9). Industri ini mendapat kesan penggandaan (multiplier
effect) daripada usaha kerajaan untuk mempertingkatkan kedudukon negara
sebagai destinasi pelancongan global utama melalui usaha-usaha seperti
Tahun Melawat Malaysia 2007.
5. Bagi mengawal
aktiviti-aktiviti pengubahan wang haram (money-laundering), pengurupan
wang berlesen telah diwartakan sebagai institusi pelapor berkuat kuasa 1
Jun 2002 di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan
Pembiayaan Keganasan 2001. Sebagai institusi pelapor, pengurup wang
berlesen dikehendaki menjalankan kajian usaha wajar terhadap pelanggan
dan menyimpan setiap rekod selama tempoh tidak kurang dan enam (6) tahun
dan tarikh transaksi urus niaga berkenaan disempurnakan atau dihentikan,
bagi tujuan pemeriksaan dan siasatan.
|