|
Loh Seng Kok (Kelana Jaya) minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN
DAN KOPERASI menyatakan produk yang dibangunkan, prestasi dan nilai
pembiayaan Program Pembangunan Francais sejak tahun 2004. Sejauh manakah
usaha untuk promosi, latihan dan galakan penyertaan setiap kaum
dijalankan dalam perniagaan francais.
JAWAPAN:
Tuan Yang Dipertua,
1. Bilangan produk francais yang telah berdaftar semenjak Akta Francais
1998 dikuatkuasakan pada 1999 ialah sebanyak 302. Sementera itu,
sebanyak 95 produk francais telah dibangunkan bagi tahun 2004 sehingga
kini. Antara produk yang telah dibangunkan termasuk produk dalam bidang
makanan, perkhidmatan, pusat pembelajaran dan asuhan, pusat rawatan
kecantikan, IT dan telekomunikasi, pakaian dan lain-lain.
2. Bagi mengalakan penyertaan semua kaum dalam perniagaan francais pihak
kerajaan telah menyediakan kemudahan bantuan geran, pembiayaan, promosi
dan latihan. Di bawah Skim Bantuan Pembangunan Francais (SBPF),
francaisor mendapat kemudahan bantuan geran untuk membangunkan produk
francais. Sebanyak RM 0.8 juta telah dikeluarkan sebagai geran kepada 5
usahawan Bumiputera dan 11 usahawan Bukan Bumiputera.
3. Untuk tujuan promosi produk-produk francais di dalam dan luar negara
pihak Kementerian menyediakan kemudahan penyertaan kepada semua kaum
yang terlibat dalam perniagaan francais. Promosi di dalam negara adalah
melaiui Pameran Franchise International Malaysia (FIM) yang
diadakan setiap tahun di Kuala Lumpur diharapkan dapat mempromosikan
produk-produk francais tempatan di dalam dan luar negara. Bagi tempoh
2005 - 2006, sejumlah 75 syarikat francais tempatan telah menyertainya
di mana lebih 65% daripada syarikat tersebut adalah syarikat francaisor
bukan Bumiputera.
4. Manakala promosi di luar negara pula adalah seperti penyertaan di
dalam Franchising Middle East (FME) di Dubai. Bagi tempoh 2005-2006,
sejumlah 14 syarikat francais tempatan telah menyertainya di mana lebih
60% penyertaan adalah dari kalangan usahawan Bukan Bumiputera.
5. Pihak Kementerian dengan kerjasama Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
dan Persatuan Francais Malaysia (MFA) menganjurkan program-program
latihan seperti Kursus Asas Perniagaan Francais (KAPF) dan Kursus
Pembangunan Bakal Francaisor dan ia terbuka kepada semua kaum. Bagi
tempoh 2005 dan 2006, seramai 523 peserta telah menyertai kursus
tersebut di mana seramai 455 peserta atau 87% adalah peserta Bumiputera
dan 68 orang atau 13% adalah peserta Bukan Bumiputera.
Disediakan Oleh : KPSU (F) 1
Disemak Oleh : SUB (FV)
Diluluskan OIeh TKSU (U)
|