|
Tuan Loh Seng Kok (Kelana Jaya) minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah hasil kutipan, termasuk cukai
pendapatan mengikut kaum dan sektor ekonomi sejak tahun 2001. Senaraikan
5 syarikat terbesar dalam pembayaran cukai pendapatan mengikut GLC dan
sektor swasta serta nilainya.
JAWAPAN:
Tuan Yang Dipertua,
Untuk makluman AhIi Yang Berhormat, jumlah hasil
kutipan cukai langsung bagi tempoh 2001 hingga 2006 adalah sebanyak
RM293.28 bilion. Daripada jumlah tersebut, hasil kutipan cukai
pendapatan bagi syarikat adalah sebanyak RM 146.65 bilion. Jumlah hasil
kutipan mengikut kaum dan sektor ekonomi pula tidak dapat dimaklumkan
kerana kutipan cukai pendapatan tidak dikategorikan mengikut pecahan
tersebut oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Dalam pada itu, jumlah cukai pendapatan yang
dibayar oleh 5 syarikat GLC terbesar bagi tahun 2006 adalah sebanyak
RM2.02 bilion, manakala sebanyak RM3.64 bilion telah disumbangkan oleh 5
syarikat swasta terbesar pada tahun yang sama.
|