|
Loh Seng Kok (Kelana Jaya) minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan nilai, skop kerja dan kontraktor yang menyenggara dan
membaikpulih bangunan Parlimen. Jelaskan kontrak kerja pembinaan,
penyenggaraan dan pembaikpulihan bangunan kerajaan di dalam dan di luar
negara yang diperolehi oleh kontraktor itu.
JAWAPAN:
Tuan yang DiPertua,
Untuk makluman ahli yang berhormat, penyenggaraan bangunan parlimen
adalah terletak di bawah tanggungjawab parlimen sendiri. Walaubagaimana
pun, apabila berlaku kebocoran yang serius pada bumbung bangunan
tersebut baru-baru ini, dengan kuasa yang diberi melalui Arahan
Perbendaharaan (AP 55), Kementerian Kerja Raya telah melantik kontraktor
Jasaman Sdn. Bhd. untuk melaksanakan kerja - kerja pembaikan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, surat niat
telah pun dikeluarkan kepada kontraktor, namun harga masih belum
dimuktamadkan memandangkan pihak JKR masih membuat penilaian terhadap
bahan / kaedah yang akan digunakan anggaran kos kerja - kerja
penyenggaraan dan pembaikan adalah RM 13 juta. Antara skop kerja utama
yang akan dlaksanakan adalah mengganti membran kalis air bumbung konkrit
sedia ada serta menggantikan saluran air hujan yang rosak.
Untuk makluman ahli yang berhormat, pihak
kementerian tidak menganugerahkan mana - mana kontrak kerja pembinaan
penyenggaraan dan pembaikpulihan bangunan kerajaan di luar negara kepada
kontraktor ini, tetapi d dalam tahun semasa, satu kerja pembaikan segera
di dalam Negara telah diberikan kepadanya iaitu kerja – kerja pembaikan
Istana Perak Di Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur.
Maklumat tambahan:
Kerja - kerja pembaikan Istana Perak di Kuala
Lumpur oleh Jasaman Sdn. Bhd.
Nama kontraktor : Jasaman Sdn. Bhd.
Tempoh kontrak: 6 bulan (Feb. — Julai)
Harga kontrak: RM 950,000.00
Cara perolehan: Rundingan terus
Jabatan pelanggan: JKR Negeri Perak Darul Redzuan
Kemajuan kerja: 80%
|