|
Loh Seng Kok (Kelana Jaya) minta MENTERI KESELAMATAN DALAM
NEGERI menyatakan kes bunuh diri yang dibawa ke mahkamah dengan
penggunaan seksyen 309 Kanun Keseksaan. Sejauh manakah keberkesanan
seksyen itu dan relevannya digunakan untuk mengurangkan kes bunuh diri.
JAWAPAN:
Tuan Yang Di Pertua,
Semua kes-kes bunuh diri akan disiasat oleh pihak PDRM sebagaimana
kuasa-kuasa yang diperuntukkan di bawah Bab XXXII Kanun Tatacara Jenayah.
Setelah selesai proses penyiasatan, kertas penyiasatan akan diserahkan
kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk mendapatkan pandangan dan
nasihat perundangan berhubung dengan kes cubaan membunuh diri yang
dilaporkan.
Tuan Yang Di Pertua,
Dalam proses membuat pertuduhan di bawah peruntukan
seksyen 309 Kanun Keseksaan, terdapat beberapa faktor-faktor yang perlu
diambil kira iaitu:
a. keadaan mental seseorang semasa melakukan
pertuduhan / perbuatan tersebut;
b. keadaan mangsa itu sendiri atau penderitaan yang
dialami atau terbitan dan tindakan cuba bunuh diri tersebut. Terdapat
kemungkinan disebabkan kesihatan tergugat secara berterusan atau
menyebabkan penderitaan kekal;
c. tindakan membawa pertuduhan juga boleh membawa
tekanan mental dan mangsa akan berusaha untuk membunuh diri kembali atau
untuk melepaskan diri dan sesuatu yang dianggap perkara yang tidak boleh
diterima; dan
d. tidak akan membantu mangsa untuk melupakan
kejadian yang lepas atau perkara yang membawa mereka membuat keputusan
untuk bunuh diri dan sebagainya.
Tuan Yang Di Pertua,
Keputusan muktamad untuk menuduh atau membawa
sebarang pentuduhan terhadap mana-mana orang berhubung dengan sesuatu
kesalahan adalah tertakiuk kepada bidang kuasa Peguam Negara sebagaimana
yang diperuntukkan di bawah perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
|