|
YB Tuan Loh Seng
Kok (Kelana Jaya)
minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan penempatan
dan taburan kaunselor bertauliah yang telah berdaftar dengan Lembaga
Kaunselor Malaysia di bawah Akta Kaunselor 1998, mengikut negeri dan
organisasi atau institusi. Bagaimana Golongan para-kaunselor yang
berpengalaman diperkasa dan diserap masuk dalam memberi perkhidmatan.
Jawapan:
Tuan Yang
di-Pertua,
Penempatan dan
taburan kaunselor bertauliah yang telah didaftarkan dengan Lembaga
Kaunselor Malaysia di bawah Akta Kaunselor 1998 mengikut negeri dan
organisasi atau institusi adalah seperti berikut:
a) Mengikut
Negeri:
Perlis
- 9 orang
Kedah
- 41 orang
Pulau
Pinang - 22 orang
Perak - 57 orang
Kuala
Lumpur - 111 orang
Selangor - 225 orang
Putrajaya
- 10 orang
Negeri
Sembilan - 44 orang
Melaka - 25 orang
Johor - 69 orang
Pahang - 16 orang
Terengganu
- 31 orang
Kelantan
- 16 orang
Sarawak
- 47 orang
Sabah
- 24 orang
JUMLAH
- 747 orang
b. Mengikut
Organisasi/lnstitusi:
Agensi
perkhidmatan awam - 372 orang
Sektor perguruan
- 231 orang
Sektor swasta
- 94 orang
Pengamal persendirian/NGO - 50 orang
JUMLAH
- 747 orang
Kementerian
telah mengambil langkah untuk memperkasakan goiongan para-kaunselor
melalui aktiviti-aktiviti latihan di bawah program 'satu keluarga satu
kaunselor'. Program ini bertujuan untuk melatih dan memperkasakan
para-kaunselor yang berada dalam komuniti tentang teknik dan asas
kaunseling bagi membantu menangani masalah sosial dalam keluarga.
Setakat ini kementerian telah mengenal pasti seramai 2,880
para-kaunselor untuk dilatih di bawah program ini.
|