|
Y.B. Tuan Loh
Seng Kok [Kelana
Jaya]
minta
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
menyatakan Perusahaan menghasilkan baja dengan penggunaan sisa atau
buangan buah-buahan dan sayur-sayuran. Sejauh mana potensi dan hasil
pengeluaran baja tersebut di dalam pasaran.
JAWAPAN:
Oleh Y.B.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Tuan Yang
Dipertua,
Daripada jumlah
pengeluaran buah-buahan sebanyak 1,532,564 tan metrik dan sayur-sayuran
sebanyak 621,722 tan metrik (tahun 2003-2005), adalah dianggarkan 76,628
tan sisa buangan buah-buahan dan 31,086 tan sisa buangan sayur-sayuran (anggaran
sebanyak 5% daripada hasil keluaran) akan terbuang melalui kulit,
kerosakan fizikal dan lain-lain. Ini bermakna sebanyak 107,714 tan sisa
buangan dalam jangka masa tersebut adalah tersedia untuk dijadikan baja
kompos.
Melalui proses
pengkomposan sebanyak 32,314 tan baja kompos akan dapat dihasilkan
daripada jumlah sisa buangan tersebut (anggaran 30% pengurangan daripada
berat basah).
Potensi bagi
penggunaan dan pengeluaran baja organik dalam pasaran tempatan adalah
baik berdasarkan kepada trend berikut:
(i) Kesedaran
masyarakat tani dan pengguna tentang kepentingan pertanian lestari dan
penjagaan alam sekitar serta keluaran hasil tani yang selamat dimakan.
(ii) Keperluan
baja organik untuk tanaman sayuran sahaja adalah besar, iaitu kira-kira
175,000 tan (anggaran penggunaan sekurang-kurangnya 5 tan baja organik/
hektar) walaupun import baja organik negara (tahun 2004) hanya 9,146 tan
bernilai RM9.6 juta.
(iii) Terdapat
sebanyak 32 syarikat di Malaysia mengeluarkan baja kompos.
|