|
Tuan Loh Seng Kok [Kelana
Jaya] minta
MENTERI SUMBER ASLI
DAN ALAM SEKITAR
menyatakan tahap kemesraan alam sekitar warga Malaysia. Sejauh
manakah kemesraan tersebut diterima dan diukur di peringkat antarabangsa.
JAWAPAN:
Tuan Yang Dipertua,
Untuk makluman Ahli
Yang Berhormat, pada umumnya tahap kesedaran alam sekitar di
Malaysia tidak begitu membanggakan jika kita bandingkan dengan negara
maju seperti Jepun, Denmark dan
German. Ini
dapat kita lihat apabila ramai penduduk di Malaysia
yang tidak kisah
tentang pengurusan sampah sarap dengan membuang sampah di tempat yang
tidak sepatutnya seperti di longkang, sungai dan di tepi-tepi jalan.
Budaya kitar semula di
kalangan rakyat Malaysia masih lagi di tahap yang kurang memuaskan.
Penggunaan bahan tidak mesra alam seperti pembungkus dari plastik
menjadi perkara biasa. Di samping itu juga, penggunaan kenderaan awam
tidak menjadi keutamaan jika dibandingkan dengan kenderaan persendirian.
Pengunaan sumber tenaga yang mesra alam seperti tenaga suria juga tidak
begitu meluas. Dari aspek kualiti
udara juga kita lihat kejadian pembakaran terbuka masih lagi berlaku.
Walau bagaimanapun
kesedaran alam sekitar ini semakin meningkat. Berbagai usaha dilakukan
oleh berbagai pihak termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak
industri sendiri. Ada sektor perladangan yang mengamalkan konsep
"zero burning" (dengan izin). Di samping itu bilangan industri kitar
semula di dalam negara kita semakin bertambah dari semasa ke semasa.
Salah satu kaedah untuk mengukur tahap kemesraan alam sekitar yang
diguna diperingkat antarabangsa adalah "ecological footprint
analysis" (dengan izin). Kaedah "footprint analysis" (dengan
izin) ini mengukur tahap kelestarian seseorang atau masyarakat setempat
(sustainability is made measurable). Berdasarkan kajian ini,
Malaysia berada di tahap hampir dengan purata "world average
ecological footprint" (dengan izin).
Sekian, terima kasih.
|