|
Y.B. TUAN LOH
SENC KOK ( KELANA JAYA)
minta MENTERI
PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN
menyatakan
sejauh mana usaha kejayaan pewujudan One Stop Centre (OSC) dilaksanakan
bagi semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan modus operandinya. Apakah
PBT boleh membuat 'outsourcing' perihal pakar rujuk dalam operasi OSC.
JAWAPAN:
Tuan Yang
DiPertua,
Untuk makluman
Ahli Yang Berhormat, sejak pelancaran Sistem Penyampaian Kerajaan oleh
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 13 April 2007 sehingga kini
sebanyak 100 OSC telah dilaksanakan meliputi 100
pbt di Semenanjung
Malaysia. Modus Operandi OSC adalah seperti berikut :-
i) Menyelaras
dan memproses permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan di
bawah peruntukan seksyen 124A dan 204A Kanun Tanah Negara, permohonan
pembangunan tanah;
ii) Memaklumkan
keputusan kelulusan bagi permohonan kebenaran merancang dan pelan
bangunan kepada pemohon;
iii) Membuat
perakuan permohonan tanah kepada Pejabat Tanah; dan
iv) Menyediakan
laporan status permohonan.
Untuk makluman
Ahli Yang Berhormat juga, “outsourcing” perihal pakar rujuk dalam
operasi OSC pula, Kementerian ini berpandangan Pakar Rujuk tidak
diperlukan dalam operasi OSC memandangkan operasi OSC di bawah seliaan
PBT.
Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tern pa tan
September 2007
|