|
Y.B. Tuan Loh
Seng Kok (Kelana Jaya)
minta MENTERl
HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan dari jumlah pendatang asing
Indonesia terkini yang telah diberi taraf penduduk tetap, jelaskan
bilangannya secara terperinci latar belakang mereka mengikut klasifikasi
kelulusan akademik, kepakaran, profesion, jenis faedah ekonomi yang
dibawa masuk dan aliran keluar.
Jawapan:
Tuan Yang Di
Pertua,
Untuk makluman
Ahli Yang Berhormat, bilangan pendatang asing yang berasal daripada
Indonesia yang memperoleh taraf pemastautin tetap ialah seramai 73,394
orang. Kementerian ini tidak mempunyai rekod latar belakang terperinci
mereka mengikut kategori kelulusan akademik, kepakaran, profesion dan
bidang ekonomi yang diceburi.
|