|
(Extracted
from hansard dated 12-11-2007)
Tuan Loh Seng
Kok [Kelana Jaya]:
Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua. Kita memang mengakui bahawa perlu diberikan keistimewaan
kepada golongan warga emas dalam hal sistem pengangkutan awam ini. Kita
difahamkan bahawa salah satu jenis pengangkutan awam ini ialah Rapid KL,
tetapi saya difahamkan bahawa untuk golongan emas yang hendak dapat
keistimewaan ataupun potongan harga tambang Rapid KL, warga emas ini
perlu mengisi borang untuk mendapatkan kad yang berlainan. Mereka tidak
mengakui kad pengenalan seperti mana yang diakui oleh syarikat
penerbangan ataupun syarikat kereta api KTM. Mengapa perlu, apakah
kementerian dapat memberitahu Rapid KL supaya menerima sahaja bukti kad
pengenalan sebagai bukti itu adalah golongan warga emas. Tidak perlu
mereka untuk memohon lagi kepada Rapid KL. Minta penjelasan.
Datin Paduka
Chew Mei Fun:
Saya rasa pendapat
atau pandangan Yang Berhormat adalah baik dan kita akan meneruskan
perbincangan bersama dengan Rapid KL mengenai perkara ini. Sekian terima
kasih.
|