|
Y.B. TUAN LOH
SENC KOK (KELANA JAYA) minta
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
menyatakan
apakah usaha penyepaduan harmonis antara pembangunan baru seperti projek
pembinaan jalan raya, pemajuan perumahan dan bangunan serta pemeliharaan
alam sekitar membolehkan setiap jenis pembangunan diperkenalkan konsep
'Boulevard'.
JAWAPAN:
Tuan Yang
DiPertua,
"Boulevard"
adalah sejenis jalanraya yang pada kebiasaannya adalah luas dan lurus (thoroughfare) serta “mutli-lane” dengan pembahagian di
tengahnya dan mempunyai ‘jalan’ sepanjang sebelah kiri dan kanannya
untuk tujuan pejalan kaki
atau laluan
basikal
dan mempuyai landskap berkualiti tinggi.
Konsep
"boulevard" telah dilaksanakan di negara-negara maju seperti di
Peranchis, Jerman, Carada dan Amerika Syarikat namun di Malaysia konsep
ini masih baru. lanya baru diperkenalkan dan hanya dilaksanakan di
Putrajaya yang dinamakan “Persiaran Perdana” . Persiaran Perdana adalah
laluan thoroughfare sepanjang 410 km dari Pejabat Perdana Menteri hingga
ke Convention centre dengan lebar seluas 100m. Konsep ini dapat
menghamoniskan kegunaan tanah selain lalulintas, bahkan dapat digunakan
untuk tujuan sambutan perayaan dan upacara lintas lalu (parade), la
dilengkapi dengan landskap yang indah dan berkualiti tinggi untuk
memelihara alam sekitar dan reka bentuk bandar.
Pada masa kini,
dari segi perancangan pembangunan tidak disyaratkan untuk menyediakan
boulevard sebagai satu gunatanah khas. Namun penyediaan boulevard adalah
baik dan perlulah digalakkan penggunaannya dengan lebih meluas dalam
perancangan sesuatu pembangunan yang besar mengikut keperluan
pembangunan di sesuatu kawasan tersebut. Kajian yang mendalam perlu
dijalankan bagi menentukan praktikaliti dan kelebihan dari segi ekonomi
dan pengurusannya sebelum ianya dapat dilaksanakan sepenuhnya di
peringkat negeri dan tempatan.
Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan
November 2007
|