|
(Extracted from hansard dated 27-11-2007)
Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]
minta
Menteri Keselamatan Dalam Negeri menyatakan peruntukan yang disalurkan
sehingga kini untuk kegunaan dan pemantapan Sistem Laporan Polis (PRS).
Sejauh mana PRS ini membantu mempertingkatkan mutu perkhidmatan
agensi berkenaan dalam mempertingkatkan sistem penyampaian.
Timbalan
Menteri Keselamatan Dalam Negeri [Datuk Fu Ah Kiow]:
Tuan Yang di-
Pertua, peruntukan yang disalurkan sehingga kini untuk kegunaan dan
pemantapan Sistem Laporan Polis (PRS) adalah seperti berikut.
Kos
kontrak pembekalan dan penyelenggaraan PRS Fasa 1 adalah RM30.2 juta dan
untuk Fasa 2 ialah RM59.9 juta. Kos kontrak pembekalan sahaja untuk PRS
Fasa 3 ialah RM37.2 juta dan PRS Fasa 3 masih dalam tempoh jaminan atau
warranty.
Tuan
Yang di-Pertua, PRS Fasal 1, 2, dan 3 meliputi Ibu Pejabat Bukit Aman,
12 buah ibu pejabat kontinjen, 98 buah IPD dan 597 buah balai di seluruh
Semenanjung Malaysia, IPD Kota Kinabalu serta IPD Kuching. Untuk IPK
Sabah, IPK Sarawak dan semua IPD serta semua balai di kedua-dua negeri
ini, sistem PRS akan dilaksanakan mulai tahun 2008 di bawah PRS Fasa 4.
PRS
merupakan satu sistem berkonsepkan teknologi web dan komprehensif serta
berintegrasi, yang merangkumi proses penerimaan laporan polis, pembukaan
kertas siasatan, kertas pendakwaan dan proses penyediaan laporan-laporan
berkala secara elektronik.
Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh sistem tersebut juga
membolehkan penyemakan
semua laporan polis dan kertas siasatan secara
online
dengan
segera dan telus.
Pihak eksekutif
pula dapat menganalisa data dalam bentuk laporan-laporan statistik untuk
merancang dan mengatur langkah-langkah mencegah jenayah dengan cepat dan
tepat. Dengan pembangunan sistem ini, pihak PDRM berkemampuan untuk
menyediakan pengumpulan maklumat berpusat dari proses penerimaan laporan
polis sehingga proses pendakwaan di mahkamah.
Kedua, menyediakan
kaedah pengurusan siasatan kes yang efektif cepat dan telus. Ketiga,
menyediakan sistem maklumat bersepadu yang boleh diekses di semua
peringkat PDRM
dan keempat menyediakan persekitaran kurang kertas dan persekitaran yang
selesa kepada orang awam. Justeru pembangunan PRS telah membantu
meningkatkan mutu perkhidmatan PDRM di dalam mempertingkatkan sistem
penyampaian di dalam aspek-aspek berikut:
(i)
meningkatkan produktiviti imej dan prestasi PDRM;
(ii)
membantu pegawai penyiasat dapat melaksanakan sistem dengan cepat dan
efisien;
(iii)
memberikan kepuasan kepada pelanggan dengan perkhidmatan yang
cekap dan cepat;
(iv)
merealisasikan Sistem Kepolisan yang mantap sebagai pemangkin
kepada kemajuan negara.
Sekian
terima kasih.
Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]:
Terima
kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan.
Tahniah pihak polis dapat peruntukan yang besar untuk mempertingkatkan
Sistem Laporan Polis.
Tuan
Yang di-Pertua, seorang saudara saya dalam perjalanan balik dari Ipoh ke
Kelang telah menerima satu panggilan peras ugut melalui telefon bimbit.
Setiba sahaja tiba di Kelang, buat laporan polis di Kelang, disuruh
balik ke Ipoh untuk buat laporan polis kerana panggilan telefon tersebut
dari Ipoh, dan mengambil masa sejam lebih untuk membuat laporan di balai
polis di Kelang dan akhirnya diterima.
Kes yang kedua,
seorang membuat laporan polis di Bandar
Sunway tetapi diminta untuk mendapatkan siasatan dan perkembangan
laporan di Balai Polis
Seri Kembangan. Persoalan saya Tuan Yang di-Pertua, ialah mengapakah
seseorang hendakbuat laporan polis mengambil masa sejam atau lebih dan
bagaimanakah siasatan dan hasil siasatan dan perkembangan hasil siasatan
dimaklumkan kepada mangsa dan melalui balai-balai yang terdekat sekali.
Minta penjelasan terima kasih.
Datuk Fu Ah
Kiow:
Terima kasih Yang Berhormat, sini ada tiga soalan sebenarnya. Yang
pertama tentang laporan, saya ingin menegaskan di sini arahan telah
diberi kepada semua anggota polis dan semua balai bahawa laporan boleh
dibuat di mana-mana balai, dan bukan sahaja secara bertulis, tetapi
melalui SMS, melalui lisan melalui internet. Ia perlu juga diambil berat
dan diterjemahkan secara bertulis dan dijadikan sebagai satu laporan
polis. Kalau ada mana-mana anggota polis yang enggan menerima laporan
saya minta catatkan nama, balai mana dan nombor polis tersebut dan buat
aduan. Saya sekali lagi hendak mengingatkan semua pihak di sini bahawa
arahan telah dikeluarkan oleh Pengarah IGP semasa itu sebagai Pengarah
di SJ pada 14 Mei 2004 kalau mereka yang enggan menerima laporan boleh
dikenakan tatatertib yang berat dan sehingga buang kerja pun boleh
dilakukan.
Yang kedua tentang
penyiasatan sebab itu selepas laporan dibuat dia pergi minta pergi ke
balai lain untuk dapat keterangan. Tuan Yang di-Pertua, laporan boleh
dibuat di sesebuah balai tapi penyiasatan terhadap sesuatu kesalahan
adalah tanggungjawab sesuatu tempat yangmenjadi kesalahan tersebut. Itu
bermakna kalau kejadian itu berlaku di Ipoh walaupun laporan dibuat di
Subang tapi siasatan dan keterangan akan dilakukan oleh balai di Ipoh.
Maka oleh sebab itu ambil keterangan perlu dilakukan di situ supaya
pegawai penyiasat dapat menjalankan siasatan.
Yang ketiga, apa
sebab kadangkala ambil masa yang lama. Saya ingin menjelaskan di sini
bahawa orang ramai sudah salah faham tentang buat laporan dan tentang
mengambil keterangan. Masa untuk buat satu laporan memang singkat lebih
kurang 20 minit sudah mencukupi tetapi selepas laporan dibuat kalau fail
perlu dibuka untuk disiasat maka pegawai penyiasat perlu mengambil
keterangan yang teliti dan lanjut dan teramat penting untuk pegawai
penyiasat dapat mencatatkan semua keterangan dengan teliti. Kalau tidak
mungkin ia akan memudahkan penyiasatan dan pendakwaan nanti.
Oleh sebab itu ia
mengambil masa yang lebih lama dan kadang-kadang di sebuah balai
disebabkan bilangan pegawai penyiasat berkurangan dan bila pegawai
penyiasat keluar daripada pejabat ke tapak kejadian jenayah untuk
membuat siasatan mungkin orang awam perlu tunggu sedikit masa untuk dia
balik dan keterangan dapat dijalankan. Ini adalah sebab-sebab
kadang-kadang mengambil masa yang lebih panjang dan orang awam mungkin
kurang faham tentang prosedur ini. Jadi saya harap dengan penjelasan
hari ini kita dapat membetulkan gambaran yang sebenar. Sekian, terima
kasih.
|