|
(Extracted
from hansard dated 06-12-2007)
Tuan Loh Seng
Kok [Kelana Jaya]
minta Menteri
Kewangan menyatakan prestasi RHB sebelum dan selepas pelaburan KWSP,
serta sumber kepakaran KWSP perihal urusan pelaburan dan tadbir urusnya
dalam sesuatu pelaburan seperti RHB. Apakah status dan taburan pelaburan
aset KWSP yang terkini.
Setiausaha
Parlimen Kementerian Kewangan [Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]:
Terima kasih Yang Berhormat Kelana Jaya. Tuan Yang di-Pertua, untuk
makluman Ahli Yang Berhormat, prestasi RHB Capital Bhd adalah
menggalakkan selepas diambil alih oleh KWSP.
Saya sebut di sini
angka-angka yang ada. Pada setengah tahun pertama 2007, pendapatan
daripada faedah bersih RHB Capital Bhd adalah RM1.03 bilion berbanding
dengan tahun lepas setengah tahun 2006 sebanyak RM916.7 bilion iaitu
pertambahan sebanyak 12.3%.
Pendapatan
daripada RHB Islamic Bank RM184.1 juta berbanding dengan setengah tahun
pertama 2007 berbanding dengan RM93.2 juta pada setengah tahun pertama
tahun lepas. Jadi bermakna pertambahan peningkatan 97.5%.
Keuntungan dari
segi cap
selepas
dividen dan sebelum cukai dan zakat RM560.9 juta pada enam bulan pertama
2007 berbanding dengan tahun lepas enam bulan pertama RM405.57 juta.
Bermakna peningkatan 38.3%.
Keuntungan yang
diagihkan kepada pemegang saham RM308 juta pada setengah tahun pertama
tahun ini berbanding dengan tahun lepas RM212.2 juta bermakna
peningkatan 25.4%. Pendapatan sesaham untuk setengah tahun pertama 2007
iaitu RM16.09 sesaham berbanding dengan enam bulan pertama tahun lepas
RM11.06 sesaham iaitu peningkatan sebanyak 45.7%.
Selanjutnya Tuan
Yang di-Pertua, nisbah bersih hutang lapuk kumpulan RHB pula berkurangan
kepada 4.17% kepada 30 Jun 2007 berbanding dengan 46.3% pada 31 Disember
2006. Nilai aset ketara bersih pada 30 Jun 2007 juga telah meningkat
kepada RM2.18 berbanding dengan RM2.06 pada 31 Disember 2006.
Mengenai sumber
kepakaran KWSP dalam pelaburan dan tadbir urus pelaburan, KWSP mempunyai
proses dan penilaian yang terperinci dalam menguruskan pelaburannya.
Proses dan penilaian ini disokong oleh pengurusan yang profesional dan
pengagihan tugasan yang objektif yang mana fungsi-fungsi pelaburan KWSP
dibahagikan kepada jabatan-jabatan yang ditentukan untuk memastikan
tadbir urus yang baik bagi pelaburan KWSP. Semua aktiviti pelaburan KWSP
adalah dikawal oleh panel pelaburan KWSP yang dianggotai oleh ahli-ahli
profesional yang dilantik oleh kerajaan.
Tuan Yang
di-Pertua, jumlah pelaburan KWSP pada keseluruhannya pada Jun 2007
jumlah semua sekali yang ada modal RM301.44 bilion dan dilaburkan di
dalam sekuriti kerajaan Malaysia RM104 bilion iaitu 34.6%. Pinjaman dan
bon RM112.15 bilion iaitu 37.2%. Ekuiti RM58.64 bilion ataupun 19.4%.
Instrumen pasaran saham RM24.72 bilion atau 8.2% dan hartanah RM1.72
bilion ataupun 4.6% Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Loh Seng
Kok [Kelana Jaya]:
Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua, terima kasih atas jawapan yang diberi oleh Setiausaha
Parlimen yang agak
detail.
Tuan Yang
di-Pertua, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP mengatakan bahawa
pengambilalihan ke atas kumpulan perbankan RHB dengan kos lebih kurang
RM10 bilion adalah bertujuan untuk melindungi pelaburan 11 juta
pencarumnya di samping memaksimumkan pulangan atas modal. Beliau juga
yang merupakan pengerusi RHB mengatakan bahawa tindakan itu adalah
pelaburan utama jangka panjang KWSP.
Apabila analisa
Aseanbankers menunjukkan bahawa keuntungan RHB akan menjadi dua kali
ganda pada tahun 2009, KWSP kini pula ingin menjualkan 40% daripada
ekuiti dalam RHB kepada badan asing. Saya kurang pasti ini adalah salah
satu strategi dalam sistem pengurusan risiko pelaburan KWSP. Namun
soalan saya ialah apakah rasionalnya penstrukturan semula RHB oleh KWSP
dan apakah struktur akhir RHB yang dingini oleh pihak kementerian?
Terima kasih.
Dato' Seri
Dr. Hilmi bin Yahaya:
Tuan Yang
di-Pertua, sekarang KWSP mempunyai ekuiti dalam RHB Capital sebanyak
82.27%. Memang KWSP diwajibkan oleh Bank Negara ini
ruling
sebenarnya untuk mengurangkan pegangan dalam bank ini kepada 35%
sehingga Julai 2008. Bermakna RHB akan buat
general offer
kepada
pihak-pihak yang ingin membeli saham ini dan ia akan terpaksa kurangkan
sehingga 35% yang mana terpaksa jual 47% daripada saham pegangan
sekarang. Ini adalah kehendak Bank Negara bukan kehendak RHB. Kalau
hendak ikut RHB hendak dikekalkan tetapi ini kerana peraturan jadi hanya
tinggal 35%.
|