|
(Extracted from hansard dated 06-12-2007)
Tuan Loh Seng
Kok [Kelana Jaya]:
Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, ada sekolah-sekolah tertentu di
mana bilangan pelajar adalah sangat tinggi dan sekolah tersebut juga
memberi beberapa pintu keluar masuk untuk pelajar. Maka ada guru-guru
dikehendaki untuk bergilir-gilir menjadi
traffic warden
seperti
di kawasan saya dan ada juga sekolah-sekolah di mana kerana kekurangan
guru, maka sekolah itu mengambil guru sandaran tapi bayaran elaun dia
ditanggung oleh PIBG bukannya sepenuh oleh Kementerian Pelajaran.
Soalan saya ialah
apakah kementerian dapat bersetuju dengan saya supaya semua guru-guru
sandaran yang dilantik oleh PIBG semuanya dibayar oleh pihak kementerian
dan supaya nisbah guru dengan pelajar dapat diseimbangkan lagi dalam hal
ini supaya perkara ini dapat diselesaikan. Terima kasih.
Dato' Hon
Choon Kim:
Tuan Yang
di-Pertua, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Jika guru
sandaran itu dilantik oleh Kementerian Pelajaran mengikut norma
perjawatan, sudah tentu ia akan dibayar oleh Kementerian Pelajaran.
Mereka yang dilantik memang telah mempunyai syarat, tetapi kalau PIBG
mengambil seorang guru sandaran yang tidak memenuhi syarat yang
ditetapkan dan juga di luar norma yang diberikan, maka ia tidak boleh
dibayar oleh Kementerian Pelajaran.
Masalah yang
disebut oleh Yang Berhormat memang berlaku di setengah-setengah sekolah
di mana bilangan murid di satu sekolah begitu ramai. Pada masa yang sama,
kita juga menghadapi masalah sekolah yang kurang murid. Satu kelas hanya
kurang daripada 10 orang sahaja. Jadi kalau kita ambil kira semua
keseluruhannya, nisbah seorang guru bagi jumlah murid memang tidak
begitu besar atau ramai. Kalau ikut angka, saya diberitahu hanya di
antara seorang guru bagi 15 murid sehingga 20 orang murid sahaja untuk
sekolah rendah. Jadi, inilah satu keadaan yang kita hadapi. Walau
bagaimanapun, keadaan ini sentiasa diperlihatkan dan diberi perhatian
supaya ia tidak akan timbul masalah kepada pentadbir sekolah.
Terima kasih.
|