|
USUL dicadangkan oleh LOH SENG KOK, AHLI DEWAN RAKYAT
KAWASAN KELANA JAYA sempena MESYUARAT KEDUA, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN
KE-11, TAHUN 2004 (05/07-20/07)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Bahawa Dewan ini merakamkan keprihatinan di atas
kekeliruan sesetengah rakyat Malaysia yang berbilang kaum di atas
kewujudan peraturan yang menghindar penganut agama tertentu menggunakan
perkataan seperti Allah, Iman, Wahyu, Rasul, Al-kitab, Doa, Nabi, Injil,
Firman, Syukur, Imam dan sebagainya.
Maka dengan ini Dewan ini membuat resolusi meminta
Kerajaan menghapuskan kekeliruan tersebut sekaligus mempastikan
kebebasan beragama terus terpelihara.”
|