|
PERBAHASAN BAJET 2005 OLEH YB LOH SENG KOK, AHLI DEWAN RAKYAT KAWASAN
KELANA JAYA PADA 16(Khamis) & 20(Isnin) SEPTEMBER 2004
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
A. Komen mengenai Cukai ke atas Rokok dan Minuman Keras
Kerajaan mencadangkan struktur duti import dan duti eksais ke atas rokok
dan minuman keras dikaji semula demi menggalakkan gaya hidup yang sihat,
seperti berikut:
i. duti eksais ke atas rokok dinaikkan daripada RM58 kepada RM81 per
1,000 batang; dan
ii. duti eksais ke atas minuman keras dinaikkan daripada di antara 5 sen
dan RM23.40 kepada antara 10 sen dan RM28 per liter.
Bagi golongan pengguna tertentu, walaupun harga rokok atau minuman keras
itu meningkat, mereka masih akan membelanja dalam rokok atau minuman
keras untuk menggambarkan mereka lebih berkelas, standard, lebih
up-to-date.
Sepatutnya, Kerajaan perlu mengadakan suatu peraturan di mana pembeli
rokok dan minuman keras mesti melebihi umur 18 tahun, dan dasar ini
perlu dikuatkuasakan secara tegas.
-
eg: di USA, semua pengguna MESTI menunjukkan kad pengenalan
mereka untuk membeli rokok dan minuman keras
-
penguatkuasaan mesti ketat dan tegas untuk mengurangkan
penggunaan rokok dan arak di kalangan remaja
Di samping itu, Kerajaan boleh mengenakan cukai tambahan kebajikan
sosial (additional social welfare tax) ke atas pengeluar rokok dan
minuman keras.
-
semua pengeluar rokok dan minuman keras (tersenarai pada KLSE)
memperolehi keuntungan yang banyak setiap tahun walaupun cukai kian
meningkat; pengeluar harus juga dipertanggungjawabkan untuk menyumbang
kepada kempen-kempen yang diadakan oleh kementerian berkaitan dengan
perkara-perkara kesihatan.
-
oleh itu, cukai tambahan kebajikan sosial itu boleh digunakan
sebagai tabung untuk mengadakan Kempen Kesedaran Kesihatan
Kerajaan telah melancarkan kempen anti rokok, iaitu “Tak Nak”, apakah
Kerajaan juga harus menggalakkan rakyat jangan minum minuman keras demi
kesihatan, dengan melancarkan kempen anti arak
B. Komen mengenai Rebat Cukai untuk Pembelian Komputer Peribadi: RM
400 hingga RM500
Kerajaan telah mengambil pelbagai tindakan untuk meluaskan penggunaan
ICT. Dalam era perkembangan pesat ICT ini, usaha untuk memastikan setiap
keluarga mendapat manfaat daripada ICT haruslah diperkuatkan. Dengan itu,
Kerajaan telah mencadangkan rebat cukai yang diberi kepada pembayar
cukai untuk pembelian komputer peribadi dinaikkan dari RM400 kepada
RM500.
Pandangan saya ialah rebat cukai untuk pembelian komputer peribadi harus
dinaikkan kepada sekurang-kurangnya RM1,000.00. sebab
-
Satu set komputer biasa dengan perisian komputer asas (berlesen)
berharga melebihi RM3,000. RM 500 tidaklah cukup pun untuk membeli
perisian window (kosnya RM550).
-
Jika Kerajaan memang berhasrat untuk menggalakkan penggunaan ICT
bagi meningkatkan kualiti hidup, kita mesti memberi galakan dan sokongan
secukupnya.
-
Dengan cara inilah setiap rakyat negara dengan adanya komputer
sendiri dapat memperoleh pengetahuan ICT pada masa hadapan demi
menyumbang kepada ekonomi negara.
C. Merancakkan Sektor Pelancongan
Untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat kesenian dan kebudayaan
antarabangsa, Kerajaan mencadangkan persembahan kesenian dan kebudayaan
oleh penggiat seni tempatan yang diadakan di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Labuan dan Putrajaya akan diberi pengecualian sepenuhnya cukai
hiburan dengan syarat persembahan itu adalah diluluskan oleh Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. YAB Menteri Kewangan yang juga Perdana
Menteri telah menyeru supaya semua kerajaan negeri mengambil langkah
seperti itu, khususnya negeri Kelantan.
Cadangan: Pengecualian duti hiburan juga harus diberi kepada persembahan
hiburan oleh artis asing tertentu patut dipertimbangkan.
-
Untuk meningkatkan bilangan pelancong melawat ke Malaysia,
seniman antarabangsa akan membantu dalam menarik peminat dan penyokong
mereka. Malaysia juga akan terkenal sekiranya terdapat seniman-seniman
antarabangsa terkenal mengadakan pertunjukan di negara kita.
-
Menggalakkan aktiviti-aktiviti ekonomi. Contohnya Stadium Bukit
Jalil tidak digunakan setiap masa, pertunjukan seperti ini akan
menambahkan hasil untuk stadium, restoran, hotel dan sebagainya.
-
Industri hiburan dan kebudayaan tempatan secara tidak langsungnya
dapat belajar daripada penggiat seni asing yang berjaya dan seterusnya
meningkatkan taraf dan tahap persembahan penggiat seni tempatan
Tuan Yang DiPertua,
Pada hari khamis (16/9/2004) yang lepas, YB Bera telah menyentuh
berkenaan dengan perlunya penyelenggaraan stadium untuk aktiviti
sukan di samping dibuka untuk persembahan pentas. Ingin saya
tegaskan di sini bahawa stadium harus digunakan secara optimum, ini
bermaksud badan yang mengurus, mengawalselia dan menyelenggarakan
kegunaan stadium hendaklah senantisa berusaha memastikan
“produktiviti” stadium atau “Return on Investment” atas kos
pembinaan stadium itu adalah maksima.
YB Bera juga bertanyakan apakah negara kita tidak ada kemudahan
kebudayaan dan kesenian yang mencukupi selain daripada kompleks
MATIC. Sememangnya, dalam negara kita , persembahan dan pertunjukan
pentas boleh diadakan di Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil,
Kompleks Sukan Bukit Kiara dan stadium-stadium lain, termasuklah
Dataran Merdeka. Di samping itu, prasarana lain yang ada termasuklah
Istana Budaya, Balai Seni Lukis Negara, Dewan Pilharmonik Petronas
dan sebagainya. Sungguhpun begitu, usaha Kerajaan perlu
dipertingkatkan lagi bagi mempelbagaikan prasarana budaya dan seni
sebagai salah satu langkah menarik lebih ramai pelancong.
D. Layanan Cukai ke atas Pembangunan dan Pelaburan Harta Tanah
Buat masa ini, Cukai Keuntugan Pelupusan Harta Tanah adalah 30% untuk
harta kurang daripada 3 tahun, 25% untuk harta antara 3 hingga 5 tahun,
tiada cukai untuk harta 5 tahun ke atas.
Adalah dicadangkan bahawa Cukai Keuntungan ke atas pelupusan hartanah
dapat diturunkan sehingga kepada 10% (Singapore pada 9%)
Sebab-sebab:
-
Untuk menggalakkan aktiviti-aktiviti ekonomi seperti jualan dan
pembelian harta,
-
Untuk menggalakkan pelaburan dalam harta tanah oleh pelabur asing
-
Tidak harus mengenakan cukai kerana ini merupakan pulangan
pelaburan, tidak semestinya mendapat keuntungan dan juga melibatkan
risiko jikalau projek terbengkalai
Sehubungan dengan pembangunan hartanah juga, Pengeluaran dari akaun EPF
kedua untuk membeli suatu rumah pada masa kini adalah 30%.
Cadangan: Harus dinaikkan sehingga setinggi 90% (Singapore pada 90%, USA
pada 80%)
Sebab-sebab:
-
Untuk menggalakkan rakyat membeli rumah dengan peruntukan EPF dan
kurangkan amaun pinjaman serta pembayaran faedah pinjaman yang tinggi
secara berterusan
-
Untuk menggalakkan aktiviti pasaran harta dan aktiviti-aktiviti
ekonomi lain
-
Harta merupakan aset tetap, tidak perlu menunggu hingga umur 55
tahun
E. Pelancaran Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
Sejak Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
dilaksanakan, ia mendapat sambutan dan juga kritikan.
Sehingga sekarang, masih ada rungutan mengenai
pembayaran yang masih tidak dibuat kepada mereka yang telah merekabentuk
dan membuahkan modul-modul latihan PLKN. Saya difahamkan, pihak atau
badan yang menghasil dan membangunkan Modul Pembinaan Karaktor dan Modul
Latihan Fizikal PLKN telah menerima bayaran beratus-ratus ribu ringgit
atau lebih. Manakala bagi mereka yang telah bertungkus-lumus menggubal
dan menghasilkan Modul Khidmat Komuniti, mengendalikan Latihan Untuk
Jurulatih (Training of Trainers, TOT), masih belum menerima bayaran yang
setimbal dengan penglibatan, pengorbanan serta perundingan professional
yang telah dibuat sehingga selesainya program TOT dan PLKN yang pertama.
Hasrat kerajaan melancarkan PLKN adalah memupuk
semangat cinta kepada negara dan perpaduan di kalangan rakyat,
melahirkan golongan masyarakat yang berdisiplin, berkeyakinan diri
khasnya golongan remaja yang berada di bangku sekolah atau telah bekerja
di masyarakat. Insiden-insiden yang tidak sepatutnya berlaku seperti kes
pergaduhan, disiplin para peserta, kes curi, kes rogol merupakan
kejadian yang dapat dicegah dan dielakkan, jikalau langkah-langkah
keselamatan dan mutu para pengajar, jurulatih atau fasilitator diberi
perhatian yang tegas. Insiden-insiden yang negatif ini tidak sepatutnya
menghalang hasrat murni kerajaan untuk secara berterusan melaksanakan
Program Latihan Khidmat Negara.
‘Yang baik kita membelajari,yang buruk kita menghindari’, Negara jiran
kita (Singapura) semasa pemulaannya melaksanakan ‘national
service’ mewajibkan peserta memakai unifom tentera dan tinggal
di kem-kem askar, ada juga kes-kes seperti kehilangan peserta,
kemalangan, mahupun kehilangan nyawa tidak pernah menghalang hasrat
kerajaan tersebut menghentikan program Perkhidmatan Kebangsaannya.
Memang betul hasrat kerajaan kita mempunyai objektif yang berlainan
daripada negara jiran kita. PLKN kita adalah lebih kepada kemanusiaan,
kemasyarakatan dan bukan kepada ketenteraan. Walaupun terdapat
komen-komen atau kritikan namun program ini adalah baik, saya menyambut
baik Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula PLKN ini dengan lebih
bersistematik dan berfaedah kepada para peserta.
F. Mencadangkan Pengembangan Latihan
PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) ke Institusi Pengajian Tinggi
Swasta (IPTS).
PLKN hanyalah salah satu usaha Kerajaan untuk membangunkan suatu
generasi muda yang patriotik, bersemangat waja, berdisiplin,
berkeyakinan diri, bersatupadu dan mempunyai semangat berpasukan di
kalangan muda yang berbilang kaum.
Akan tetapi, jumlah remaja yang terpilih hanyalah
85,000 orang daripada kumpulan remaja sebaya yang berjumlah seramai
450,000 orang. Bagaimana pula dengan kebanyakan remaja lain yang seumur
seramai 360,000 orang? Apa program untuk mereka yang tidak terpilih?
Bagi yang terpilih, selepas menyertai latihan PLKN, ada yang melanjutkan
pengajiannya di IPT. Bagi mereka yang berminat untuk meneruskan latihan
selepas memakai baju celoreng PLKN, bagi mereka yang mindanya terbuka
dan dirangsang semasa PLKN dan ingin melanjutkan penceburan dalam
program berkhidmat untuk negara yang lebih spesifik, khusus dan mencabar,
mereka berpeluang menyertai program PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai
Simpanan) sekiranya mereka diterima masuk ke IPTA.
Bagi mereka yang masuk ke IPTS pula, semangatnya sedang menyemarak dan
berkobar-kobar selepas PLKN, malangnya there is no continuity for
them, tiada kesinambungan latihan untuk mereka meningkatkan lagi
ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang mempertahankan negara dari
segi penyediaan pergerakan, persediaan mental dan fizikal.
PLKN seharusnya dikembangkan dengan bentuk modus operandi PALAPES di IPT.
Para pelajar di IPTS pula harus diberi perhatian dan peluang untuk
melibatkan diri dalam program-program khidmat negara seperti PALAPES
yang diusahakan oleh Kerajaan. Adalah relevan, rasional dan tiba masanya
untuk Kerajaan mengembangkan Program PALAPES atau Kor Kadet Polis ini ke
IPTS tempatan.
Menurut statistik Jabatan Pengajian Swasta, pada tahun 2001 sahaja,
pelajar yang belajar di IPTS telah mencapai seramai 270,904 orang. Ini
dapat membuktikan bahawa permintaan untuk program PALAPES di IPTS adalah
berasas dan patut dilaksanakan secepat mungkin oleh Kerajaan.
|
Bidang Kursus |
1995 |
1996 |
1997 |
1998 |
1999 |
2000 |
2001 |
|
Program Asas |
13,897 |
13,948 |
17,200 |
18,488 |
20,692 |
20,035 |
19,480 |
|
Pertanian |
tm |
tm |
tm |
tm |
5 |
51 |
63 |
|
Seni, Seni Rekaan & MUzik |
3,500 |
3,752 |
3,133 |
4,396 |
5,958 |
6,185 |
3,475 |
|
Perniagaan & Pentadbiran |
44,107 |
50,100 |
41,702 |
44,430 |
55,496 |
69,707 |
79,538 |
|
Pendidikan |
150 |
300 |
514 |
1,335 |
5,431 |
2,166 |
1,493 |
|
Komputer & Teknologi Maklumat |
23,585 |
23,671 |
33,555 |
37,787 |
60,298 |
66,063 |
91,235 |
|
Kejuruteraan & Kemahiran Teknikal |
10,429 |
24,579 |
27,557 |
33,566 |
31,711 |
37,843 |
36,426 |
|
Kesihatan dan Kebajikan |
tm |
tm |
tm |
tm |
182 |
348 |
215 |
|
Udara & Maritim |
tm |
tm |
tm |
tm |
5,813 |
2,813 |
327 |
|
Kemanusiaan |
3,301 |
2,098 |
2,650 |
6,800 |
6,637 |
3,826 |
4,719 |
|
Undang-Undang |
200 |
300 |
725 |
770 |
595 |
806 |
2,3585 |
|
Pembuatan dan Pembinaan |
800 |
1,200 |
4,263 |
4,500 |
8,351 |
5,319 |
4,095 |
|
Perubatan |
154 |
268 |
2,526 |
1,671 |
714 |
1,996 |
3,604 |
|
Sains & Matematik |
120 |
165 |
178 |
226 |
352 |
970 |
730 |
|
Perkhidmatan |
11,094 |
5,674 |
7,655 |
14,520 |
3,607 |
4,989 |
5,931 |
|
Sains Sosial |
tm |
tm |
tm |
tm |
5314 |
3982 |
2581 |
|
Bahasa |
tm |
tm |
tm |
tm |
1708 |
3668 |
9634 |
|
Lain-lain |
16258 |
7144 |
2145 |
tm |
2714 |
1302 |
tm |
|
Jumlah |
127,596 |
133,199 |
143,803 |
168,489 |
215,594 |
232,069 |
270,904 |
|
|
Sumber: laman web
Jabatan Pengajian Swasta, September 2004
Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan agar harus mengagihkan
peruntukan operasi Kementerian Pertahanan bagi pelaksanaan program
PALAPES di IPTS supaya adanya kesinambungan program khidmat negara di
kalangan golongan muda.
Tujuan dan matlamat penubuhan PALAPES ialah untuk memberi latihan serta
menanamkan semangat disiplin dan kepimpinan kepada mahasiswa/mahasiswi.
Kini, hanya di IPTA sahaja mempunyai PALAPES, semenjak 1980 sehingga
Ogos 2004, seramai 11,793 orang Kadet PALAPES telah ditauliahkan dan
dimasukkan dalam Senarai Simpanan Pegawai Sukarela (SSPS). Jumlah
perbelanjaan operasi (OE) PALAPES di 11 IPTA ialah RM38.5 juta setahun.
Di antara tahun 2001 ke 2004, Kementerian Pertahanan mendapat peruntukan
mengurus dan pembangunan di dalam lingkungan RM8.5 billion hingga RM11
billion satu tahun. Ini termasuk peruntukan untuk membeli kelengkapan
angkatan tentera dan peralatan senjata api yang canggih dan terkini,
akan tetapi negara Malaysia yang selama ini aman damai dan dasar
Kerajaan kita adalah zon pengecualian senjata di Asia Tenggara. Adalah
munasabah untuk kita membeli kelengkapan ketenteraan untuk setakat
bertujuan mempertahankan negara tetapi bukannya persaingan senjata api
di kalangan negara-negara jiran kita.
Rakyat secara keseluruhan dan golongan muda secara khususnya merupakan
aset tidak ternilai negara. Dengan itu, pembangunan sumber manusia
melalui PALAPES perlu diperkembangkan bukan sahaja di IPTA, malahan juga
di IPTS.
G. Pengiktirafan Peranan NGO Memerangi Masalah Dadah.
Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Agensi
Dadah Kebangsaan (ADK), sepanjang tahun 2003, terdapat 20194
orang penagih baru, manakala bilangan penagih berulang ialah seramai
16802 orang. Ini bermakna, daripada keseluruhan kes penagihan dadah
pada tahun lepas, 45.42% ialah penagih yang telah berhenti
mengambil dadah sebelum ini tetapi kembali menagih.
Lebih-lebih lagi yang membimbangkan, kajian turut
mendapati lebih 70-80% penagih dadah dibebaskan kembali menagih
sedangkan mereka sudah melalui proses pemulihan!!! Malah kebanyakan
penagih dadah adalah berasal daripada pusat serenti!!
Perkembangan itu memperlihatkan kelemahan serta
kegagalan rawatan termasuk modul pemulihan pusat serenti yang ada bagi
membimbing mareka kembali ke pangkal jalan.
Walaupun terdapat banyak masalah dalam pusat pemulihan serenti, namun
seperkara yang telah lama kerajaan abaikan adalah sokongan kepada pusat
pemulihan NGO oleh pihak Kerajaan khasnya dari segi kewangan.
Mengikut kajian, hampir kesemua pusat pemulihan NGO tidak mendapat
sebarang sokongan daripada kerajaan khasnya dari segi kewangan. Maka
pusat pemulihan NGO tersebut memang sering menghadapi masalah kekurangan
kewangan untuk menjalankan kerja rawatan dan pemulihan penagih. Di sini
juga jelaslah bahawa ruang pusat pemulihan NGO agak berhad kerana tiada
dana yang mencukupi. Tiap-tiap tahun memanglah pusat-pusat tersebut
dapat dermaan daripada pelbagai pihak kecuali pihak Kerajaan. Jika
Kerajaan boleh memberi sokongan kewangan kepada pihak pusat pemulihan
NGO, maka kerja rawatan dan pemulihan penagih dadah yang dijalankan itu
akan lebih berhasil..
Dadah merupakan musuh nombor satu, di sinilah melibatkan masalah emosi,
keadaan persekitaran, keluarga, sahabat-handai, dan banyak sebab yang
kami sudah ketahui, maka sekarang bukan nak mengetahui sebab-sebab
tersebut tetapi hendaklah menangani masalah tersebut. Masalah fizikal
penagih dadah boleh diselesaikan dari ubat-ubatan tetapi masalah emosi
dan mental hendak diselesaikan oleh pembimbing.
Di sini yang hendak dikemukakan adalah pembimbing pusat pemulihan
penagih dadah memainkan peranan yang sangat penting.Daripada hujah
dahulu sudah mengemukakan cara-cara rawatan pusat pemulihan swasta
memang berkesan. Bertamgah lagi, pembimbing pusat pemulihan swasta juga
mempunyai sifat-sifat bersayangan. Bersayangan bukan sahaja bermaksud
kasih sayang tetapi juga pembimbing-pembing tersebut juga merupakan
orang yang bersifat pemotiwasi, tiada sempadan antara penagih dadah,
hormat-menghormati balas daripada penagih dadah. Di sini jelaslah nampak
bagaimana pusat pemulihan swasta berjaya menangani masalah-masalah
fizikal, mental dan emosi penagih dadah.
Sebenarnya satu perbandingan yang lebih jelas adalah bilangan pembimbing
. Mengikut kajian, nisbah pembimbing kepada penagih dadah dalam pusat
pemulihan serenti adalah 1:100 kepada 1:200, manakala dalam pusat
pemulihan swasta, nisbahnya adalah 1:5 hingga 1:20. Perbezaan yang
begitu ketara! Kajian ini sudah menunjukkan salah satu masalah pusat
pemulihan serenti yang sedang hadapi. Memanglah masih jelaslah ingat
beberapa kes disiplin penagih dadah di pusat pemulihan serenti
kebelakangan ini. Betulke penagih-penagih dadah tersebut berdisiplin
teruk? Penagih-penagih tersebut juga merupakan manusia yang tahu
berfikir. Sekarang cara-cara yang boleh bantu mereka adalah bukan dari
segi ubat-ubatan sahaja tetapi juga pembimbing-pembimbing yang cukup dan
bersayangan!!
|