|
UCAPAN LOH SENG KOK,
AHLI PARLIMEN KAWASAN KELANA JAYA (P104)
MENYOKONG USUL
MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN SPB YANG DI-PERTUAN AGONG XIII DI
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEEMPAT, DEWAN RAKYAT, PARLIMEN KESEBELAS,
28-3-2007.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terima kasih, Tuan
Yang Di-Pertua,
Salam Sejahtera
kepada semua.
Terlebih dahulu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang
Di-Pertua kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk membahas titah
ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIII semasa merasmikan
Mesyuarat Dewan Rakyat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen kesebelas di
Dewan yang mulia ini.
1. Sukatan
Bandingan Pendapatan, Penyelarasan Pariti Kuasa Beli (PPP) dengan
Pendapatan Isi Rumah
Kita semua
bersetuju bahawa Kerajaan hendaklah berusaha bersungguh-sungguh
mengurangkan jurang kekayaan di kalangan rakyat Malaysia bagi mencapai
pariti pendapatan, bukan hanya antara kaum, tetapi juga dalam sesuatu
kaum agar ianya sejajar dengan titah ucapan Yang Di-Pertuan Agong,
menegaskan bahawa Kerajaan hendaklah memastikan pembangunan yang meluas
dan seimbang, membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum di samping
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi, termasuklah sektor
awam.
Dengan itu, kita
perlu meneliti sukatan ketidaksamaan yang digunakan dalam membuat
perbandingan.
YAB Perdana Menteri
semasa membentangkan RMK9 tahun lepas telah mengemukakan suatu analisa
mengenai pendapatan dan kos sara hidup rakyat bagi menunjukkan kemajuan
negara kita perihal peningkatan taraf hidup rakyat. Beliau telah
menggunakan Pariti Kuasa Beli (Purchasing Power Parity, PPP).
Keluaran Dalam
Negara Kasar (GDP) per kapita Malaysia bertumbuh pada purata 7.1%
mencapai RM18,489 atau USD4,904 pada 2005. Namun, ketika ia diselaraskan
dengan kos sara hidup Malaysia, GDP per kapita berdasarkan PPP meningkat
dua kali ganda kepada USD10,318 pada tahun 2005. Dengan itu, dari segi
PPP yang diselaras dengan GDP per kapita, taraf kehidupan kita adalah
kira-kira satu suku daripada taraf hidup Amerika Syarikat dan satu
pertiga daripada taraf hidup Jepun.
Mengikut nisbah
pendapatan isi rumah, sejak 1990, kaedah sukatan pendapatan isi rumah
antara etnik yang kini digunakan menunjukkan ketaksamaan antara
Bumiputera dan Cina telah berubah-ubah daripada 1:1.74 sehingga setinggi
1:1.83 pada 1997 semasa krisis kewangan Asia. Sepanjang tempoh pemulihan
ekonomi kita antara 2002 dan 2004, perbezaan pendapatan isi rumah telah
menurun daripada 1:1.80 ke 1:1.64.
Bagi Bumiputera dan
India, ia juga telah menurun daripada 1:1.42 pada 1999 ke 1:1.27 pada
2004. Hampir dalam tempoh yang sama, kejadian kemiskinan juga telah
menurun secara konsisten daripada 8.5% pada 1999 sehingga 5.7% pada
2004. Sementara kemiskinan bandar telah meningkat daripada 11.9% ke
14.1% antara 1999 hingga 2004.
Akan tetapi, apa
yang menariknya adalah dalam tempoh yang sama antara 1999 dan 2004,
Koefisien Gini (Pekali Gini, iaitu indeks mengukur ketidaksamaan)
keseluruhannya telah meningkat daripada 0.452 ke 0.462.
Dengan itu, corak
pendapatan isi rumah Malaysia boleh diringkaskan seperti berikut;
a) perbezaan
pendapatan antara kaum sedang menurun
b) kejadian
kemiskinan keseluruhannya juga sedang menurun
c) kejadian
kemiskinan bandar lebih jarang di kawasan bandar tetapi ia sedang
meningkat
d) Koefisien Gini
sedang meningkat
Perangkaan tersebut
mempunyai implikasi tentang kebimbangan kita terhadap peningkatan
Koefisien Gini, faktor penyebab utama peningkatan Koefisien Gini
bukannya kerana perbezaan antara etnik memandangkan ianya telah menurun.
Ia semestinya disebabkan peningkatan perbezaan dalaman sesuatu golongan
etnik, ketidaksamaan kawasan dan peningkatan kemiskinan bandar.
Sehubungan itu,
saya mencadangkan supaya perbezaan pendapatan isi rumah di kalangan
rakyat dikaji semula untuk mendapatkan gambaran yang lebih
sempurna dan seimbang terhadap pengagihan kekayaan dalam negara. Selepas
8 rancangan Malaysia 5 tahun, ini adalah kali pertama pendapatan
isi rumah digunakan untuk mengukur pariti / persamaan pendapatan di
kalangan berbilang kaum, sementara sebelum ini, tumpuannya
adalah 30% ekuiti Bumiputera.
Sekiranya dasar
persamaan pendapatan telah beralih daripada ekuiti kepada pendapatan isi
rumah, seperti yang tersirat dalam Rancangan Malaysia Ke-9, maka ia
adalah munasabah untuk rakyat memahami sepenuhnya terhadap prinsip
sukatan ketidaksamaan.
Maka, kita
sepatutnya menggunakan Purchasing Power Parity (PPP) yang dikenali dan
diterima umum di peringkat antarabangsa sebagai metodologi untuk
membandingkan taraf kehidupan, yang lebih adil dan sempurna.
Walaupun penggunaan kaedah penyelarasan PPP akan mengabaikan faktor
kadar pertukaran dalam kes ini, tetapi ia boleh diubahsuaikan dengan
mengambil kira kelainan dalam kadar inflasi antara kawasan pedalaman dan
bandar, cara hidup, sewa, penggadaian rumah, dan semua ini harus diambil
kira apabila membandingkan perbezaan pendapatan isi rumah.
Purchasing Power Parity (PPP) adjusted Household Incomes
Malaysia’s GDP per capita grew at the average 7.1% to reach RM 18,489 or
USD4,904 in 2005 ,however, when this was adjusted for Malaysia’s cost of
living using Purchasing Power Parity (PPP) our GDP per capita doubled to
USD 10,318. Hence, in terms of PPP adjusted GDP per capita we are about
one quarter in terms of standard of living compared to the US and
one-third that of Japan.
In
terms of household income ratio, since 1990 our inter-ethnic the current
method of using household income measurement shows that disparities
between Bumis and Chinese has been zigzagging from 1: 1.74 to a height
of 1:1.83 in 1997 coinciding with the Asian financial crisis. During
the recovery stage of our economy between 2002 and 2004, household
income disparities have fallen from 1:1.80 to 1:1.64.
As for
the Bumis and Indians, it has also fallen from 1:1.42 in 1999 to 1:1.27
in 2004. Almost over the same period, the incidence of poverty has also
been consistently falling from 8.5% in 1999 to 5.7% in 2004. Meanwhile,
urban poverty has risen from 11.9% to 14.1% between 1999 to 2004.
Interestingly, however, over the same period in between 1999 and 2004,
the overall Gini-Coefficient has increased from 0.452 to 0.462.
Malaysia’s household income patterns can be summarized as follows:
a)
inter racial disparities are falling
b)
the overall incidence of poverty is also falling
c)
urban poverty incidence is lower in the urban areas but is on the
increase
d)
Gini Coefficient is rising
The
above figures have implications about our concerns over the rise in our
Gini- Coefficient the prime contributing factor to the rise in Gini
Coefficient is not due to inter-ethnic disparities since it has been
falling. It must be due to the rise in intra-ethnic disparities,
regional disparities and rising urban poverty.
As
such, I propose that the income disparities among households be
re-looked to give a more complete and balanced picture of overall
distribution of wealth in the country. This is the first time over the
last 8 Malaysia plans that household income has been targeted for income
parity among the races when previously, the focal point has been the 30%
Bumi equity target.
If the
basis of income parity has shifted from equity to household income, as
implied in the 9th Malaysia Plan, then it is only fair that
the Rakyat fully understands the basis for the measurement of
disparities.
Therefore, I suggest that we use purchasing power parity which is an
internationally recognized methodology for comparing standards of
living, which is fairer and more complete. Although, the adopting of a
PPP-adjusted method will omit the exchange rate factor in this case but
it can be adapted to take into account differentials in inflation rates
between the rural and urban areas, lifestyles, rentals, mortgages and
expenses for education. The largest ticket item in household
expenditures is education and mortgages on homes and these must be taken
into account when comparing the household disparities.
2. Proses Pelaksanaan Untuk Memastikan Pembahagian Kekayaan Yang
Seimbang.
Rakyat Malaysia
menyokong pihak institusi pentadbiran Kerajaan melaksanakan program
untuk membantu golongan tertentu meningkatkan pendapatan mereka, agar
mereka dapat mengikuti jejak pembangunan dan kemajuan negara. Akan
tetapi, pembahagian kekayaan yang seimbang hendaklah dipastikan dan
kena pada tempatnya dalam proses pelaksanaan.
Implementation Process to ensure Balanced Distribution of Wealth
Proses Pelaksanaan Untuk Memastikan Pembahagian Kekayaan Yang Seimbang
It is
understood that the distributional strategies will be the re-orientation
towards attainting income parity. There will be 5 major areas that will
be targeted.
Adalah difahamkan bahawa strategi-strategi pengagihan akan ditentukan
semula untuk mencapai persamaan pendapatan. Terdapat 5 bahagian utama
yang akan disasarkan, sepertimana yang dinyatakan oleh YAB Perdana
Menteri semasa pembentangan RMK9 tahun lepas..
First,
the eradication of poverty among the disadvantaged groups like the
indigenous people. Elderly, poor single parents handicapped and those in
destitute like the hardcore poor. Rural poverty will be dealt with using
modernization and commercialization of agricultural activities.
Pertama, pembasmian kemiskinan di kalangan kumpulan lemah seperti orang
asli. Orang tua, ibu bapa tunggal yang miskin, orang cacat dan mereka
yang miskin papa. Kemiskinan kawasan pedalaman diatasi dengan pemodenan
dan perdagangan aktiviti-aktiviti pertanian.
Second,
income distribution will have the aim to create more prosperous middle
income group through human capital development.
Kedua,
pengagihan pendapatan bertujuan menghasilkan lebih ramai kumpulan
pendapatan sederhana menerusi pembangunan modal insan.
Third,
the intensification of employment restructuring to ensure that
employment patterns at all levels of occupation and in all sectors
reflect the composition of the population.
Ketiga, kesungguhan dalam penyusunan semula pekerjaan untuk memastikan
corak pekerjaan pada semua tahap pekerjaan dan semua sektor
menggambarkan komposisi populasi.
Fourthly, equity ownership to be targeted to reach 30% by 2020 as well
as other types of asset such as through PNB, and the Yayasan Hartanah
Bumiputera to name a few.
Keempat, pemilikan ekuiti disasarkan untuk mencapai 30% pada 2020,
begitu juga pemilikan asset-aset lain menerusi PNB, Yayasan Hartanah
Bumiputera dan sebagainya.
Fifthly, to launch the second phase of the BCIC for more active
Bumiputera involvement in the private sector.
Kelima, melancarkan BCIC fasa kedua untuk menggalakkan penglibatan
Bumiputera yang lebih aktif dalam sektor swasta.
It is
also understood that all relevant ministries and agencies will be
required to ensure that the policies and programmes outlined in each of
their areas be closely implemented.
Adalah juga difahamkan bahawa semua menteri dan agensi berkenaan diminta
supaya memastikan polisi-polisi dan program-program yang berkaitan
dengan bidang mereka dilaksanakan sepenuh mungkinnya.
Meanwhile, in the 9th Plan also assures us that the "growth with
distribution" will not mean distribution of existing wealth which is
protected by the Federal Constitution but a gradual and incremental
distribution of future economic growth..."
Sementara itu, dalam Rancangan Malaysia Ke-9 juga menjaminkan bahawa
“pertumbuhan secara pengagihan” bukan bermaksud pengagihan kekayaan
sedia ada yang terlindung oleh Perlembagaan Persekutuan, tetapi
pembahagian bakal pertumbuhan ekonomi atau kekayaan baru secara
beransuran dan bertambahan.
However, we have some reservations on the above strategies. Firstly, in
an integrated and open economy like Malaysia, it is hard to distinguish
what is old wealth and what is new wealth that we intend to create. On
top of it, Malaysia like so many nations is moving into a
knowledge-based and creative-based economy. It is therefore, difficult
to determine how knowledge can be carved into various ownerships
according to communities.
Namun,
masih terdapat keraguan tentang strategi-strategi tersebut. Pertamanya,
dalam suatu ekonomi bersepadu, berintegrasi dan terbuka seperti
Malaysia, adalah sukar untuk membezakan antara kekayaan lama dan
kekayaan baru yang kita bercadang untuk hasilkan. Tambahan pula, macam
kebanyakan negara yang lain, Malaysia sedang beralih kepada ekonomi yang
berasaskan pengetahuan dan penciptaan. Maka, adalah sukar untuk
menentukan bagaimana pengetahuan boleh diterapkan ke dalam pelbagai
pemilikan mengikut komuniti-komuniti.
It is
unlike, the old agrarian type economy and to some extend the older
manufacturing models, land and factories could be more clearly divided
and thus, rewards to the respective productive individual could be more
clearly seen and determined. It is crucial to recognize that in the
future, it is knowledge that will determine our productivity and in
turn, what rewards and wealth we will receive.
Ia
adalah berbeza daripada ekonomi jenis pertanian lama, malah model, tanah
dan kilang-kilang pembuatan dahulu dapat dibahagi dengan jelas, di mana
ganjaran kepada individu / mereka yang produktif dapat dilihat dan
ditentukan dengan jelas. Itu ádalah senario lama. Akan tetapi, pada masa
akan datang, adalah amat penting untuk dikenalpasti bahawa
pengetahuanlah, ilmulah yang menentukan daya pengeluaran dan seterusnya,
menentukan ganjaran dan kekayaan yang akan seseorang itu terima.
Therefore, from the perspective of economic process, the above task to
redistribute future wealth, placed in the hands of the civil servant
would be insurmountable. And it is this blurring of the divisiveness in
the new economy that concerns are raised how the distribution strategies
may be fairly implemented in such a way that it would not affect the
existing wealth of the other groups.
Oleh
itu, dari perspektif proses ekonomi, tugas untuk mengagih semula bakal
kekayaan tersebut tidak akan dapat dilakukan, jika diserahkan kepada
kakitangan awam. Malah, pembahagian dalam ekonomi baru yang kabur ini
telah menimbulkan keprihatinan / permasalahan tentang bagaimana strategi
pengagihan kekayaan baru seperti ini dapat dilaksanakan secara adil,
sementara tidak mempengaruhi kekayaan yang sedia ada dalam
kumpulan-kumpulan lain.
When
the distribution of wealth is so purposefully and enthusiastically
implemented, we can no longer blame the civil service for 'wrongly'
implementing the agenda.
Apabila pengagihan kekayaan dilaksanakan dengan penuh bermatlamat dan
bersemangat, kita tidak dapat lagi menuduh perkhidmatan awam atas
kesilapan melaksanakan agenda.
However, to ensure that the aims and objectives of "growth with
distribution" are achieved while guaranteeing that the process will not
be prejudiced against other groups, it is strongly recommended that;
Namun,
untuk memastikan tujuan-tujuan dan objektif-objektif “pertumbuhan secara
pengagihan” tercapai sementara menjamin proses itu tidak akan merugi dan
mengabaikan mana-mana kumpulan, maka dicadangkan supaya;
a) the
monitoring and implementation committee set up under the chairmanship of
the Prime Minister, must include a multi-party and multi racial team so
that this effort may be seen as a BN-driven agenda and a national
objective.
a)
ahli jawatankuasa pengawasan, pemantauan dan pelaksanaan ditubuh dan
dipengerusikan oleh Perdana Menteri mestilah melibatkan pelbagai parti
dan kaum supaya usaha ini dilihat sebagai agenda gerakan Kerajaan BN dan
objektif kebangsaan.
b) a
substantive and proactive programme must be launched immediately, to
ensure the recruitment of more non-Bumiputcras into the civil service
including a transparent recruitment and interview processes.
There
must also be an immediate assessment on the performance of all staff
(teaching and non-teaching staff) to effect more promotions and
opportunities for capacity building for non-Bumis.
b)
suatu program yang tetap, berinisiatif dan proaktif mesti dilancarkan
segera untuk memastikan pengambilan lebih ramai bukan Bumiputera ke
dalam perkhidmatan awam termasuk proses pengambilan dan temu duga yang
telus. Penilaian segera terhadap semua pegawai (pegawai pengajaran dan
bukan pengajaran) untuk membolehkan lebih banyak kenaikan pangkat dan
peluang demi membina daya kemampuan bagi bukan Bumiputera dalam sektor
awam.
c)
Pusat Giat Mara programmes be offered to school leavers from low-income
households like those in the rural estates, New Villages and Kampung
Tradisi regardless of race, and not just for Bumiputera students only.
c)
Program-program seperti Pusat Giat Mara dan lain-lain ditawarkan kepada
lepasan sekolah yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah
seperti mereka yang tinggal di kawasan pedalaman, Kampung Baru dan
Kampung Tradisi tanpa mengira kaum, tetapi bukan hanya untuk
pelajar-pelajar Bumiputera sahaja.
3.
Penamaan & Pemberian Taraf kepada Kawasan Perumahan & Pemajuan
Terdapat beberapa nama
atau gelaran diberikan kepada kawasan perumahan atau pemajuan seperti:
Taman / Bandar
puteri
Taman / Bandar
putera
Taman / Bandar
Puchong / Pusat Bandar Puchong / Damansara
Taman / Bandar
Kinrara
Taman / Bandar
Bukit Tinggi
Taman / Desa Ria;
Taman / Desa Mentari; Taman / Desa Petaling
Banyak persoalan
yang timbul:
1)
Apakah perbezaan di
antara “Taman”, “Bandar”, “Pusat Bandar” & “Desa”?
2)
Apakah kelebihannya,
kelayakan, kriteria, ciri-ciri, sifat yang digunakan untuk menentukan
sesebuah kawasan pemajuan diberi nama Taman / bandar / desa / pusat
bandar.
3)
Dari segi
kemudahan sosial, apakah yang mesti disediakan oleh sesebuah kawasan
pemajuan yang diberi taraf atau gelaran “Taman” atau “Bandar”? Contohnya:
dewan, padang bola sepak, dan lain-lain kemudahan rekreasi?
4)
Kebanyakan
padang permainan yang disediakan oleh pemaju-pemaju adalah tidak
sempurna di mana penyalirannya berada dalam keadaan teruk serta
berbatu-batan dan berumpun. Undang-undang perlu diperketatkan dalam hal
ini kerana bebannya tidak patut dipindahkan kepada pihak berkuasa
tempatan / penduduk.
5)
Adakah
rumah-rumah di “Taman” dikenakan cukai pintu yang kurang daripada
“Bandar”. Bagaimanakah kutipan-kutipan ini disalur dan dipindahkan
kepada pembinaan kemudahan-kemudahan untuk rakyat supaya integrasi kaum
dapat ditingkatkan?
6)
Mengapakah
tiadanya kemudahan-kemudahan asas seperti padang bola sepak, tapak
permainan kanak-kanak yang sempurna dan dewan di mana rakyat boleh
berintegrasi dan mewujudkan suatu suasana kehidupan yang harmoni?
Tanggungjawab
siapakah untuk memastikan keperluan-keperluan asas tersebut ditemui /
ditepati sebelum ditauliahkan status sebuah “Bandar” atau “Taman” dan
diserahkan kepada PBT?
Maka, adalah
tanggungjawab pemaju-pemaju juga untuk menyediakan keperluan-keperluan
dan kemudahan-kemudahan asas sedemikian dalam sesebuah “Bandar” untuk
pembentukan integrasi nasional dan peningkatan kualiti hidup rakyat.
PBT juga tidak
boleh dilepaskan tanggungjawabnya. Sebelum mengambilalih kawasan
pemajuan, PBT hendaklah memastikan kesemua prasarana dan kemudahan awam
telah disempurnakan dengan sepenuhnya.
4. Dasar Penswastaan Haruslah Dikaji Semula
Kita memahami
bahawa Kerajaan amat prihatin tentang kesulitan dan beban yang
ditanggung oleh rakyat akibat kenaikan harga tol lebuhraya-lebuhraya
dalam negara; Menyedari hakikat bahawa wujudnya keraguan dan kekeliruan
tentang isi kandungan, terma dan syarat dalam perjanjian konsesi
lebuhraya bertol; di samping hak pengguna untuk mengetahui justifikasi
sebenar kenaikan harga tol;
Dewan ini mengambil
maklum akan usaha YAB Perdana Menteri untuk mewujudkan institusi
pentadbiran Kerajaan yang telus, berintegriti dan mempunyai
akauntabiliti yang tinggi;
Kita tahu bahawa
Jemaah Menteri mengadakan perbincangan mengenai status perjanjian
konsesi lebuhraya bertol. Kita akan sokong keputusan pemimpin jika
Jemaah Menteri bersetuju institusi pentadbiran Kerajaan menghapuskan
keraguan dan kekeliruan rakyat dengan mengubah status (declassify)
dokumen perjanjian konsesi lebuhraya bertol, membolehkannya diteliti
umum dan sekiranya perlu, terma dan syarat perjanjian dikaji semula.”
Dalam pada itu, dasar
penswastaan dan rancangan-rancangan penswastaan yang sedang dan akan
dijalankan perlulah dikaji semula untuk memastikan bahawa wujudnya
ketelusan yang sepenuhnya dalam proses perbincangan sehinggalah ke tahap
pelaksanaan. Sesetengah projek penswastaan yang dilangsungkan dalam
negara kita dimulakan tanpa ketelusan yang sepenuhnya dan ini telah
menyebabkan spekulasi dan tuduhan yang sebenarnya boleh dielakkan.
Misalannya, penswastaan projek lebuhraya mempelawa publisiti yang kurang
positif dan rakyat kita tertanya-tanya sama ada terma-terma dan syarat-syarat
yang memihak kepada syarikat swasta telah dipersetujui oleh pihak
Kerajaan tanpa penelitian dan perbincangan yang terperinci.
Oleh yang demikian,
untuk memastikan ketelusan dan juga meningkatkan kepercayaan rakyat ke
atas projek penswastaan, usaha haruslah dicurahkan oleh pihak Kerajaan
supaya badan-badan NGO dan orang-orang awam dijemput mengambil bahagian
(public participation) di peringkat yang tertentu dan
berkenaan. Identiti dan latar belakang syarikat swasta yang berkenaan
haruslah juga diberikan kepada orang ramai untuk mengelakkan spekulasi
atau tuduhan yang menyatakan ahli-ahli politik negara yang terlibat
secara persendirian untuk mencari keuntungan.
5. The Purchase of RHB by EPF
About two weeks
ago, EPF proposed to buy all the shares, loans stock and warrants of RHB
from Utama Banking Group (UBG), involving a cash offer of RM 2.2
billion. The buyout would mean that EPF would have total control of RHB.
The immediate
reaction of the public were; a) was that it a prudent move for a pension
fund, as custodian for about 11.4 million members of which 5.5 million
are active contributors, to take over a bank, b) is EPF capable of
running a bank of which it has no past experience?
Since the
establishment of EPF since 1951 its objectives was to offer a stable,
pension fund our workers to ensure a portion of their savings protected
after retirement. EPF is legally required to invest 70% of its assets in
government backed securities and its fiduciary role was to manage the
funds in a prudent manner.
As the economic
landscape and the national policies change in the late 1980s’, EPF
participated actively in the aggressive privatization exercise embarked
by the government. This marked the beginning of equity investments by
the Fund. However, even during the 1990s, only about 2% of EPF’s
portfolio was invested in equities market. Since 1997/8, EPF took a more
aggressive role in the equities market. This was in part due to the need
for political expediency to rescue large companies of national interest.
Hence, by December
2005, equities made up 19% of the portfolio still within the limits
legally allowed.
However, there are
several issues that need to be addressed in the takeover of RHB by EPF.
a. EPF has not
breached it legal boundaries by exceeding in its investment in non
government assets.
b. The economic
landscape in Malaysia has once again changed and this requires in
different investment strategy by EPF, from when it was set up in 1951.
There are benefits in taking some long term yielding strategies and
investments in equities could be one of them.
However, I agree
that we should not compromise prudence and our fiduciary responsibility
to the contributors, in order to obtain simply because we wanted to
better our returns.
Therefore, I urge
the government to look into the management of RHB in the following
manner;
a. To recognize
that EPF does not have the expertise to run a bank hence, to ensure the
appointment of professional bankers who are competent and able. This is
the only way to ensure that the risks are outweighed by the returns.
b. To recognize
that the risks of not being able to succeed in the venture and the
criticisms it would draw from the public over the takeover. Therefore,
this move should not be taken as a precedent to takeover other companies
so as not to deviate from its role as a provident fund. This should be
taken as an exceptional case.
|