|
Maklumbalas:
Walaupun harga minyak mentah dunia telah menunjukkan
penurunan pada suku terakhir tahun 2006, tetapi ianya masih belum
benar-benar stabil dan sukar diramal. Malahan pada suku pertama 2007
harga minyak mentah dunia didapati mula meningkat semula. Pada bulan
Januari, harganya adalah USD54.08 setong tetapi meningkat kepada
USD59.20 setong pada bulan Februari dan terus meningkat kepada USD60.62
setong pada bulan Mac 2007. Pada bulan April, harga minyak masih lagi
tinggi iaitu di atas paras USD61 setong.
Walaupun Kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel
sebanyak 30 sen seliter pada 28 Februari 2006, Kerajaan masih lagi
menanggung bebanan subsidi yang besar ke atas barangan petroleum.
Kerajaan menjangka akan dapat menjimatkan perbelanjaan subsidi sebanyak
RM4.4 bilion apabila harga petrol, diesel dan LPG dinaikkan tetapi
sebaliknya, harga minyak mentah dunia telah meningkat dengan mendadak
sehingga menjejah lebih USD74 setong selepas itu. Memandangkan Kerajaan
telah berjanji harga tidak akan dinaikkan lagi sehingga akhir tahun
2006, Kerajaan terpaksa menampung kenaikan harga tersebut dengan
menanggung subsidi yang lebih besar daripada yang dijangkakan. Selain
daripada itu, mulai 1 Jun 2006, Kerajaan juga telah memutuskan supaya
subsidi petrol diberikan kepada nelayan pesisir pantai yang menggunakan
bot berenjin petrol untuk menangkap ikan di mana harga jualan petrol
untuk mereka ditetapkan pada paras RM1 seliter. Langkah ini juga telah
menyumbang kepada pertambahan dalam jumlah subsidi Kerajaan kepada
produk petroleum.
Bahagian Analisa Cukai
11 April 2007
|