|
TEKS
JAWAPAN KEPADA UCAPAN PENANGGUHAN MENGENAI CADANGAN MEWUJUDKAN SKIM
PENCEN SOSIAL UNTUK MENANGANI MASALAH KEMISKINAN GOLONGAN WARGA TUA OLEH
Y.B. TUAN LOH SENG KOK (KELANA JAYA) DI DEWAN RAKYAT PADA 20 JUN 2007 (RABU)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tuan Yang
di-Pertua,
Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengucapkan terima kasih dan
syabas di atas keprihatinan dan cadangan AhIi Yang Berhormat Kelana Jaya
supaya Kerajaan mewujudkan satu Skim Pencen Sosial bagi mengurangkan
kemiskinan di kalangan warga emas. Cadangan yang dikemukakan adalah baik
demi kesejahteraan warga emas di negara ni.
Malaysia
dianggap termasuk dalam golongan negara yang sudah mula mengalami
penuaan penduduk kerana 7% daripada jumlah penduduk Malaysia adalah
warga emas. Kini terdapat 1 .8 juta orang warga emas di Malaysia.
Fenomena penuaan penduduk ni akan menjadi cabaran di masa hadapan bagi
negara menjelang tahun 2020 kerana jumlah peratusan penduduk yang berada
dalam lingkungan 60 tahun ke atas akan meningkat kepada 9.5%. Negara
dijangka menjadi sebuah ageing country, dengan izin menjelang tahun 2035
kerana pada masa itu 15% penduduk Malaysia akan melebihi usia 60 tahun.
Untuk
makluman Ahli Yang Berhormat, perkara ini mendapat perhatian khusus oleh
Kerajaan susulan pandangan dan cadangan yang pernah dibangkitkan oleh
beberapa pihak lain sebelum ini termasuk pertubuhan bukan Kerajaan (NGO)
yang mewakili kepentingan warga emas. Pihak Kerajaan sedang menjalankan
satu kajian yang menyeluruh bertajuk Review of Pension and Social Security
in Malaysia, dengan izin. Kajian ini diadakan bagi meneliti secara
holistic skim-skim sedia ada seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Pertubuhan Keselamatan Sosial, Kumpulan Wang Amanah Pencen dan
tabung-tabung pencen yang dikendalikan oleh pihak swasta. Kajian ini
turut memberi perhatian kepada kemudahan kesihatan dan persaraan untuk
golongan warga emas. Hasil dan syor kajian ini dijangka diperolehi
sebelum penghujung tahun 2007.
Meskipun
pada masa kini pihak Kerajaan belum mewujudkan skim yang digelar sebagai
Pencen Sosial, namun Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat meIalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dan sedang
melaksanakan beberapa perkhidmatan untuk memberikan perlindungan dan
kesejahteraan hidup kepada warga emas khususnya dan golongan yang kurang
berkemampuan.
Antaranya,
bagi warga emas yang tidak mempunyai saudara mara dan tidak mempunyai
tempat tinggal disediakan institusi perlindungan yang dikenali sebagai
Rumab Sen Kenangan supaya warga emas dapat meneruskan kehidupan mereka
di institusi tersebut. Kini, terdapat 9 Rumah Sen Kenangan di seluruh
negara yang memberikan perlindungan kepada seribu sembilan ratus lima
puluh tiga (1,953) orang warga emas.
Selain itu,
bagi warga emas yang masih boleh meneruskan kehidupan mereka bersama
komuniti tetapi menghadapi masalah kewangan, Jabatan Kebajikan
Masyarakat menyediakan skim Bantuan Orang Tua berbentuk bantuan kewangan
bulanan kepada warga emas yang memerlukan. Kadar bantuan ini telah
dinaikkan daripada RM135 sebulan kepada RM200 sebulan mulai Januari 2006
dan akan terus dikaji semula dan semasa ke semasa mengikut kesesuaian
perkembangan dalam masyarakat termasuk kedudukan kos perbelanjaan hidup.
Hingga kini seramai dua puluh lima ribu lima ratus dua puluh empat
(25,524) orang warga emas menikmati faedah daripada skim Bantuan Orang
Tua setiap bulan dengan peruntukan kewangan daripada Kerajaan
Persekutuan sebanyak RM47.4 juta setahun. Kriteria pertimbangan bagi
seseorang warga emas untuk layak menerima Bantuan Orang Tua adalah
seperti berikut:
i.
warga emas yang berumur 60 tahun ke atas;
ii.
tiada mata pencarian tertentu untuk menyarai kehidupan; dan
iii. tiada
keluarga atau saudara-mara atau mempunyai saudara-mara tetapi tidak
mampu untuk memberikan sumbangan.
Tuan Yang
Di-Pertua,
Sejaras
dengan konsep “Kebajikan Tanggungjawab Bersama”, Kerajaan-kerajaan
Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, turut menyediakan skim
Bantuan Am untuk pelbagai kumpulan sasar termasuk warga emas. Hingga
kini terdapat seramai dua puluh lima ribu lapan ratus empat belas
(25,814) orang warga emas yang diberikan Bantuan Am oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat dengan peruntukan kewangan daripada
Kerajaan-kerajaan Negeri sebanyak RM29.2 juta setahun. Ini menunjukkan
keprihatinan Kerajaan dalam usaha membela nasib golongan warga emas
khususnya di kalangan mereka yang kurang berkemampuan supaya dapat
meneruskan kehidupan mereka dalam suasana yang sihat dan sempurna.
Selain itu,
pihak NGO menyediakan perkhidmatan dan sumbangan yang bererti kepada
warga emas. Perkhidmatan Pusat-pusat Harian Warga Emas, program lawatan
sukarelawan ke rumah warga emas yang tinggal bersendirian atau home help
service dengan izin, dan beberapa perkhidmatan sokongan yang lain di
peringkat komuniti telah memberi manfaat kepada golongan warga emas yang
memerlukannya. Begitu juga dengan pihak swasta yang begitu prihatin
kepada golongan warga emas yang sentiasa memberikan pelbagai sumbangan
dan sokongan terutamanya menjelang musim-musim perayaan.
Justeru,
adalah wajar bagi semua pihak khususnya di peringkat akar umbi termasuk
pemimpin-pemimpin masyarakat secara formal dan tidak formal memainkan
peranan masing-masing dengan memberikan sokongan dan merujukkan kes-kes
warga emas yang didapati bersesuaian untuk mendapatkan apa-apa
perkhidmatan daripada kerajaan atau Kementerian ini supaya golongan
warga emas yang terpinggir dapat diberikan perkhidmatan yang sewajarnya.
Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Jun 2007
|