|
USUL dicadangkan
oleh LOH SENG KOK, AHLI DEWAN RAKYAT KAWASAN KELANA JAYA sempena
MESYUARAT KEDUA (mulai 18 Jun – 10 Julai 2007), PENGGAL KEEMPAT,
PARLIMEN KE-11, TAHUN 2007
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1) Loh
Seng Kok (Kelana Jaya) akan mencadangkan:-
Bahawa Dewan ini
membuat ketetapan agar pembelian saham untuk mengambil alih RHB tidak
dijadikan sebagai satu ‘precedent’ bagi KWSP mengambilalih
institusi lain kerana fungsi dan objektif KWSP adalah menjaga
kepentingan rakyat yang menjadi pencarum KWSP serta mentadbir urus
tabung KWSP dengan berhemah.
2) Loh
Seng Kok (Kelana Jaya) akan mencadangkan:-
Dewan ini
menggesa pihak institusi pentadbiran Kerajaan mewujudkan kelas
pendidikan khas, kemudahan dan infrastruktur mesra OKU di semua sekolah
supaya kanak-kanak istimewa atau khas tempatan dapat menerima pendidikan
di sekolah yang berhampiran dengan tempat kediaman mereka.
|