|
(Extracted from hansard dated 11-09-2007)
4.00
ptg
Tuan Loh Seng
Kok [Kelana Jaya]:
Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya setuju apa
yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Melaka dan juga pandangan
Santubong berkenaan dengan peranan yang dimainkan oleh Parlimen. Walau
bagaimanapun di dalam peruntukan yang ada ini, Ahli-ahli Parlimen
dibenarkan untuk mengemukakan
Private Bill
tetapi kebiasaannya adalah urusan kerajaan akan mendahului
Private Bill
yang
dikemukakan oleh Ahli-ahli Parlimen.
Di samping itu
Dewan Rakyat kita tidak sama dengan Dewan Rakyat atau Parlimen di
negara-negara lain seperti di England di di mana Ahli-ahli Parlimen
mereka disokong oleh kerajaan untuk membantu dalam penyelidikan dan
menyediakan elaun-elaun yang tertentu untuk menyediakan
Private Bill.
Apakah pandangan Yang Berhormat tentang sistem Parlimen kita ini?
Apakah pihak
kerajaan harus memperkasakan lagi Ahli-ahli Parlimen untuk menjalankan
tugas dengan lebih efektif membantu rakyat? Sekian, terima kasih.
Tuan Wong Nai
Chee [Kota Melaka]:
Terima kasih Yang
Berhormat Kelana Jaya. Itu yang saya katakan tadi bahawa satu kuasa yang
sepenuhnya haruslah di bagi kepada Ahli-ahli Parlimen dalam institusi
Parlimen ini termasuklah bukan sahaja apa yang kita gubal, apa yang kita
luluskan tetapi termasuk juga urusan harian haruslah ditetapkan oleh
Parlimen sendiri. Jadi saya rasa ini merupakan satu contoh yang telah
pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kelana jaya tadi yang telah
menepati persoalan yang saya bangkitkan sekarang.
Tuan Yang
di-Pertua, saya lihat seksyen 42 satu peruntukan yang sedia yang
menyatakan bahawa maaf seksyen 42
Anti Corruption Act
tahun
1997 ini yang menyatakan bahawa wujudnya satu
presumption
iaitu satu
tanggapan yang menyatakan bahawa jika pendakwa raya dapat membuktikan
penerimaan wang oleh defendan, maka wujudnya, berbangkitnya satu
tanggapan
presumption
bahawa penerimaan
wang itu adalah secara rasuah.
Ini merupakan satu
peruntukan yang baik, apabila saya membaca keseluruhan Akta Anti Rasuah
1997 ini, saya rasa secara umumnya, secara keseluruhannya semua ada,
kepada jawatankuasa,
investigation
(siasatan),
kuasa untuk menghukum cukup cantik, tapi soalnya saya rasa mungkin wujud
satu lagi yang kena kita masukkan. Saya mencadangkan pada petang ini
Tuan Yang di-Pertua, bahawa kita wujudkan satu tanggapan lagi. Iaitu
bagaimana jika wujudnya satu keadaan aset yang diperoleh oleh defendan
itu sama ada wang, wang tunai ataupun dalam bentuk harta tidak alih
seperti rumah, tanah dan sebagainya. Jika aset itu jauh melebihi
keupayaan pendapatan tahunan defendan itu, maka haruslah wujudnya
presumption
itu,
tanggapan itu supaya kita menukarkan beban bukti itu daripada pendakwa
raya kepada defendan. Untuk menjelaskan, untuk memberikan penjelasan
mengapa beliau dapat memiliki begitu banyak aset yang jauh lebih
daripada kebolehan pendapatan tahunan beliau.
Tuan Yang
di-Pertua, saya membangkitkan isu ini kerana saya dapati bahawa masih
wujud lagi rintihan dan juga tanggapan di kalangan rakyat yang
menyatakan bahawa ada sesetengah pihak yang sebenarnya begitu berada,
begitu kaya sehinggakan mereka memiliki aset-aset yang begitu banyak.
Ini tidak sama rata, tidak sealiran dengan keupayaan pendapatan tahunan
beliau itu. Jadi kita ambil kira jika seorang guru besar, berapa boleh
dapat kita boleh kira, seorang peguam kita boleh kira merujuk kepada
borang ‘J’ dan sebagainya. Kita boleh menentukan supaya apabila wujudnya
mana-mana pihak yang ada keadaan sebegitu kita boleh membangkitkan
tanggapan itu.
4.20
ptg
Tuan Loh Seng
Kok [Kelana Jaya]:
Terima kasih Yang
Berhormat Kota Melaka dan juga Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak sambung
apa yang telah ditanyakan oleh Yang Berhormat Petra Jaya sebab saya juga
ada sedikit kemusykilan sama ada wakil rakyat ataupun kakitangan awam,
mereka adalah pemegang amanah kepada rakyat kerana semuanya sama,
termasuk juga kakitangan di dalam Biro Pencegah Rasuah. Mereka juga
adalah kakitangan awam. Kalau kita hendak adanya
check and balance
dalam
hal rasuah ataupun kita hendak memerangi gejala rasuah ini, siapakah
yang patut mengawal selia ataupun memantau kakitangan di dalam BPR ini
dan bagaimanakah mereka perlu mengisytiharkan harta mereka sebagai
pegawai dalam BPR? Minta penjelasan.
Tuan Wong Nai
Chee [Kota Melaka]:
Tuan Yang
di-Pertua, saya berpendapat bahawa kita haruslah memastikan bahawa wakil
rakyat itu tidak menyeleweng. Bagi kakitangankakitangan kerajaan, mereka
makan gaji sahaja tetapi pembuat dasar itu siapa. Sebenarnya wakil
rakyat. Wakil rakyat yang mempunyai
the final say, so to
speak,
dengan izin. Jadi saya rasa sumber itu dan juga disebabkan oleh
kedudukan itu, saya rasa kita haruslah mengenakan satu hukuman penjara
yang lagi berat ke atas wakil rakyat.
4.40
ptg
Tuan Loh Seng
Kok [Kelana Jaya]:
Yang Berhormat
Kota Melaka, saya sangat bersetuju dengan kenyataan yang telah
disampaikan oleh Yang Berhormat Kota Melaka supaya kita apabila
menangani isu pencemaran ini, kita harus berhati-hati sebab kita nak
dapatkan keyakinan seluruh rakyat tentang usaha, kegigihan dan komitmen
kerajaan dalam menangani masalah pencemaran.
Kita semua tahu
bahawa, baru-baru ini saya sendiri diberitahu oleh pihak kementerian
berkaitan bahawa pada tahun 2006 ini, terdapat sebanyak 18,956 punca
pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling dan di
antara 18,956 punca pencemaran ini, yang melibatkan ladang ternakan
khinzir hanyalah 869 sahaja dan di mana lain-lain itu melibatkan 9,000
loji rawatan kumbahan, 8,543 industri pembuatan dan juga 484 industri
berasaskan pertanian yang mengakibatkan pencemaran.
Maka saya nak
minta pandangan Yang Berhormat Kota Melaka, selain pada pencemaran
ladang ternakan khinzir ini yang hanya terdapat 869 kes itu, lain-lain
kes, berpuluh-puluh ribu kes itu, bagaimanakah kita harus meminta
pihak-pihak yang berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka? Apakah
tindakan yang telah diambil sehingga sekarang ini? Maka saya rasa kalau
pihak yang berkaitan dapat menangani masalah ini dengan adil dan saksama
dan membuktikan kegigihan dan usaha oleh kerajaan dalam memerangi
masalah pencemaran ini. Saya rasa tidak ada masalah bagi kita sama ada
ternakan khinzir ataupun ladang industri yang berlainan, kita haruslah
menguatkuasakan kepada sesiapa pun yang melanggar undangundang ini.
Apakah pandangan Yang Berhormat?
Tuan Wong Nai
Chee [Kota Melaka]:
Terima kasih Yang
Berhormat Kelana Jaya. Tuan Yang di-Pertua, itu yang saya katakan kerana
soal ini ialah soal dan juga masalah pencemaran alam sekitar. Ini bukan
satu soal perkauman. Jadi kita bagi komitmen kepada penternak-penternak
khinzir dalam negara kita dengan satu ketentuan, patuhilah syarat-syarat
ini supaya permit akan diberikan. Saya rasa tidak ada masalah tapi
sekarang masalahnya ia daripada kedua-dua pihak. Pencemaran alam sekitar,
kita tidak dapat selesaikan. Itu yang pertama.
Yang kedua, belum
ada lagi satu komitmen daripada pihak kerajaan untuk memberikan permit
secara terbuka kerana ini adalah masalah daripada kedua-dua pihak. Apa
yang berlaku pada hari itu adalah satu perkara yang cukup malang. Satu
perkara yang tidak diingini berlaku dalam negara kita kerana isu subjek
perkara penternakan khinzir ini, jika kita lihat dari segi hati yang
terbuka, memang tidak ada masalah. Ia bukan satu perkara yang sensitif
langsung, Tuan Yang di-Pertua.
|