|
(Extracted from hansard dated 07-11-2007)
3.39 ptg.
Tuan Loh Seng
Kok [Kelana Jaya]:
Terima kasih Tuan
Pengerusi. Saya masuk ke Bekalan 9, Badan Pencegah Rasuah yang berkaitan
dengan Butiran 010000 – Khidmat Sokongan dan 03000 – Operasi berkaitan
dengan Khidmat Sokongan Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Am dan
juga Operasi Perisikan dan Penyiasatan Badan Pencegah Rasuah.
Baru-baru ini kita
telah difahamkan oleh pihak Badan Pencegah Rasuah, di mana Ketua
Pengarah mengatakan bahawa dengan adanya
smart
partnership
dengan
agensi-agensi, jabatan dan menempatkan pegawai-pegawai ACA di
jabatan-jabatan tertentu. Maka nampaknya ada keuntungan yang lebih
diperolehi dalam agensi-agensi yang berkaitan.
Saya juga tidak
nafikan bahawa ini satu usaha yang baik mungkin satu cara yang baik
untuk mendapatkan keberkesanan ACA tapi saya rasa ini mempunyai
implikasi yang tidak bagus selain daripada membazirkan sumber manusia.
Ini kerana peruntukan yang kita berikan ini bukan untuk meletakan
pegawai-pegawai di agensi-agensi yang tertentu.
Implikasi yang
tidak baik ialah menunjukkan bahawa apakah agensi kerajaan yang tertentu
itu mempunyai kecenderungan ataupun memang
corrupted
ataupun
pegawai-pegawai di situ memang membuat penyelewengan, sehinggakan
jabatan-jabatan yang tertentu mengalami kerugian dan tidak ada
keuntungan.
Maka kita samakan
dengan cara penempatan ini agar mengadakan umpamanya tuan rumah memasang
sistem
alarm
ataupun
membela anjing untuk menjadi
watch-dog
dan
perkhidmatan tertentu tetapi masih ada kecurian masih ada rompakan
kerana pencuri dan perompak boleh merosakkan sistem
alarm
ataupun
meracuni anjing itu sehingga boleh masuk rumah.
Maka kalau
menempatkan pegawai dalam jabatan tertentu itu mungkin juga satu hari
nanti pegawai-pegawai ini juga pegawai PTD, mungkin akan diracuni juga.
Maka saya rasa perkara ini perlu dilihat semula tentang perkara ini.
Keduanya Tuan
Pengerusi, tentang Bekalan 6 Butiran 00200 Program MTCP (Malaysian
Technical Cooperation Programme)
yang membelanjakan
RM40 juta. Kita tidak nafikan bahawa negara kita ada banyak membantu
sehingga kita begitu bangga dalam program ini kita telah banyak membantu,
setakat ini 137 buah negara yang sedang membangun dalam program ini
berbanding dengan 46 buah negara pada tahun 1991.
Saya nak tanya
apakah pulangan ada hasil daripada program MTCP ini kerana negara-negara
barat yang maju sentiasa menganggap Malaysia sebagai sebuah negara
emerging donor nation.
Maka mengharapkan Malaysia sebuah negara yang sedang membangun juga
boleh membantu negara lain dan meringankan beban negara-negara maju.
Maka saya nak tanyalah apakah pulangan yang dapat diperolehi dari segi
reciprocity
oleh
negara-negara yang terlibat.
Akhir sekali Tuan
Pengerusi, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dalam Butiran
20000 tentang perancangan dan penyelidikan. Apakah pihak JPNIN ada
membuat perancangan dan penyelidikan tentang kenyataan-kenyataan yang
telah dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin atau rakan-rakan yang boleh
membangkitkan syak wasangka, sensitiviti. Contoh, dalam Dewan ini saya
rasa di mana ada rakan membangkitkan dalam minggu lepas mengatakan
bahawa sekolah-sekolah mubaligh
(mission school)
seperti Convent,
La Salle, Methodist dan sebagainya difahamkan lembaga pengarah di setiap
sekolah ini sebahagian ditadbir dari gereja di luar negara seperti
Vatican City. Ada yang mengatakan bahawa sekolah-sekolah jenis ini juga
tidak tutup semasa Hari Raya Aidilfitri.
Saya rasa
kenyataan-kenyataan yang kurang tepat ini akan mengelirukan orang ramai
dan membawa kesan yang tidak baik. Maka saya mintalah agar JPNIN dapat
membuat perancangan dan penyelidikan yang lebih menyeluruh supaya dapat
mengemukakan fakta-fakta di mana dapat membantulah untuk membina sebuah
masyarakat yang memang bersepadu dan bersefahaman. Terima kasih, Tuan
Pengerusi.
|