|
(Extracted from hansard dated 27-11-2007)
5.16 ptg.
Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]:
Terima
kasih, Tuan Pengerusi. Berkaitan dengan projek LRT di bawah Butiran
00200, yang berkaitan dengan Kajian Peningkatan Infrastruktur sedia ada/Laluan
Komuter.
Tuan
Pengerusi, saya ingin membangkitkan isu tentang stesen komuter di Subang
Jaya. Stesen komuter ini terletak di tempat yang sesak dan saya hendak
mengesyorkan kepada kementerian agar dapat mempertingkatkan laluan
keluar masuk di stesen komuter ini. Kalau boleh ditambahkan lagi tempat
letak kereta dengan
multi-storey
car park
iaitu
tempat letak kereta bertingkat supaya memudahkan pengguna menyimpan
kereta di situ. Jika tidak dapat apakah usaha pihak kementerian ataupun
pihak KTM dapat mengubah tempat ataupun lokasi stesen ini
disepadukan dengan projek mengembangkan jaluran LRT ke Subang Jaya.
Saya rasa ini perlu dikaji dan diteliti.
Bersesuaian dengan tajuk ini juga, iaitu Butiran 01300 - Projek
Integrasi Stesen-stesen
LRT STAR/PUTRA. Sudah tiga tahun berturut-turut saya membangkitkan isu
kesesakan lalu lintas dan menyeru pihak kerajaan untuk mengembangkan
projek LRT sampai ke Subang Jaya
dan USJ. Pada tahun lepas telah pun diumumkan bahawa adanya projek LRT
PUTRA dari Kelana Jaya stesen
di
kembangkan ke Subang Jaya dan STAR LRT dikembangkan dari Sri Petaling ke
USJ Puchong.
Pada
tahun lepas semasa saya bangkitkan semula perkara ini, Yang Berhormat
Menteri sendiri telah berjanji akan mengkaji dan meneliti cadangan saya
di mana saya mencadangkan agar kedua-dua laluan LRT (PUTRA dan STAR)
dapat dicantum dan disambung di kawasan Subang USJ supaya akan membentuk
satu laluan yang
integrated.
Sekarang
ini kita tidak ada apa-apa lagi perkembangan dan saya minta agar pihak
kementerian dapat memberitahu atau memberi taklimat kepada kita,
khususnya wakil rakyat di situ supaya kita memahami. Ini kerana rakyat
di situ sentiasa tertanya-tanya bagaimanakah jajaran (alignment)
LRT dari
Subang Jaya ke USJ dan juga di tempat mana stesen-stesen akan di bina.
Syarikat
Prasarana Negara Bhd. ada memberitahu segelintir orang dan mereka telah
bercerita kepada penduduk-penduduk dan menimbulkan kekeliruan. Saya rasa
adalah lebih baik agar SPNB dan juga pihak kementerian memberitahu dan
menjelaskan kepada kita agar dapat dijelaskan kepada rakyat apakah
projek dapat dilaksanakan dengan sempurna pada akhir tahun 2008. Saya
minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Akhir
sekali, Tuan Pengerusi, tentang 090500 - Pengangkutan Udara. Saya
mengucapkan tahniah dan syabas kepada kementerian kerana telah menang
kerusi di IMO, suatu pencapaian yang menunjukkan pengiktirafan
antarabangsa di atas
capability
dan
kebolehan Malaysia. Pada masa yang sama juga kita juga telah menang
kerusi di
International
Civil Aviation Organisation
(ICAO) kali
pertama.
Untuk
hal ini kita juga mahukan agar
kementerian dapat
memilih seorang pegawai yang betul-betul berkaliber dan berpengalaman
untuk bekerja sebagai pegawai sokongan di ICAO supaya apa yang kita
menang itu dapat
dipertahankan pada masa hadapan. Dengan itu dapatlah kita bukan hanya
menyumbang kepada industri penerbangan di antarabangsa, tetapi pada masa
yang sama juga akan membawa limpahan balik kepada negara
kita. Dengan itu saya mohon agar pihak menteri dapat memberi penjelasan
tentang perkara ini.
Sekian, terima
kasih.
|