|
(Extracted
from hansard dated 29-11-2007)
4.48 ptg.
Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]:
Terima
kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak bangkit tentang Butiran 020000 –
Pendidikan Rendah dan Menengah, dikaitkan dengan Butiran 020100 -
Pengurusan Sekolah dan Butiran 020300 - Pendidikan Rendah dan juga dalam
maksud pembangunan Butiran 03501 - Ubahsuai Naik Taraf Rendah.
Tuan
Pengerusi, isu yang pertama tentang urusan penggredan semula sekolah.
Penggredan sekolah dilaksanakan setiap tiga tahun sekali. Urusan
penggredan sekolah ini yang terakhir dilakukan adalah pada November
2001. Maksudnya sampai sekarang tidak ada penggredan semula dilakukan lagi.
Perkara ini saya telah bawa selama tiga tahun berturut-turut khususnya
bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chee Wen Subang Jaya.
Tuan
Pengerusi, sekolah ini masih dalam gred B dan tahun ini bilangan pelajar
adalah 2,117 orang, tahun depan diluluskan oleh Jabatan Pelajaran ialah
2,500 pelajar, tapi masih gred B. Tahun lepas apabila saya bangkitkan
semula perkara ini, Timbalan Menteri sendiri menjawab bahawa sekolah ini
telah pun dimasukkan ke dalam senarai permohonan kementerian ke JPA
untuk diubah status gred sekolah, tapi sampai sekarang tak ada berita
lagi. Apakah yang berlaku setelah dilaporkan ke kementerian atau di
jabatan ataupun di JPA?
Sama
juga berlaku di sekolah pada tahun ini, iaitu sekolah dua sesi. Sebelum
dibenarkan membuat dua sesi, sekolah telah pun memohon untuk mewujudkan
jawatan penyelia petang.
Namun,
sampai sekarang tidak ada penyelia petang, tahun hadapan pun tidak tahu
macam mana. Tahun hadapan pun dua sesi juga Tuan Pengerusi. Saya minta
agar pihak kementerian dapat melaksanakan dengan secepatnya tentang hal
ini. Keduanya tentang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Seaport saya
dimaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Kerja Daerah bahawa
kementerian akan dipanggil untuk membina sekolah tersebut
yang hanya
mempunyai 10 bilik darjah. Tuan Pengerusi, tapak sekolah ini terletak di
Kampung Lindungan PJS 6 di mana kawasan tersebut kawasan Desa Mentari,
Desa Ria, Bandar Sunway, dan sebagainya mempunyai populasi masyarakat
India yang agak tinggi.
Anggaran bahawa
lebih daripada tiga ribu buah keluarga India.
Hanya
dibina 10 bilik darjah, saya rasa ini tidak munasabah. Walaupun ia
dibina di atas tapak satu ekar sahaja. Apabila saya tanya soalan ini,
pihak Kementerian Pelajaran tidak dapat jawab soalan saya dalam
mesyuarat tersebut bahawa tidak diluluskan atau tidak dilihat oleh pihak
Jabatan Pelajaran tentang spesifikasi yang ditentukan. Apakah ini adalah
ditentukan mengikut spesifikasi yang ditentukan oleh Kementerian
Pelajaran. Di mana saya cadangkan untuk membina 24 bilik darjah dan
kemudahan-kemudahan yang lain mengikut spesifikasi yang ditentukan oleh
pihak kementerian. Saya minta agar perkara ini dapat dilihat semula dan
diteliti oleh pihak kementerian yang berkaitan.
Ketiga,
Sekolah Kebangsaan Kampung Lindungan, PJS 10. Saya bangkitkan hal ini
dalam di peringkat Jawatankuasa Kementerian Kerja Raya tetapi dia kata
rujuk balik kepada Kementerian Pelajaran kerana ini adalah projek
Kementerian Pelajaran. Sekolah Kebangsaan Kampung Lindungan PJS10 Tuan
Pengerusi, pembinaan sekolah ini telah dilanjutkan dua kali tempohnya
dan telah siap tahun lepas bulan Ogos.
Apabila siap
sekolah tersebut, pihak sekolah
dan ibu bapa telah berjumpa dengan saya merayu agar mendapatkan
peruntukan tambahan
untuk membaik pulih padang sekolah.
Tahun
ini sukan diadakan di atas gelanggang sepak takraw dan tapak badminton.
Bukannya di atas padang sekolah, kerana padang sekolah tidak boleh
dipakai.
Maka
kita mencadangkan untuk menjemput pihak Yang Berhormat Menteri, Timbalan
Menteri Setiausaha Parlimen dan juga Ketua Setiausaha Kementerian untuk
merasmikan sekolah bukan sahaja untuk merasmikan sekolah tetapi
merasmikan padang sekolah tersebut di mana mengadakan satu perlawanan
persahabatan di antara anggota pentadbiran dengan ketua pengarah dan
juga pegawai-pegawai kementerian dan juga kontraktor yang berkaitan
supaya adakan satu perlawanan persahabatan di situ. Macam mana padang
sekolah di situ. Haraplah perkara ini dapat diambil perhatian.
Perkara
tentang pendidikan khas Tuan Pengerusi, 030200 yang juga 01300 -
Pendidikan Khas. Sekarang ini setiap guru pendidikan khas sekolah-sekolah
telah diberi elaun tambahan
RM250 sebulan. Tahniah dan syabas, kerana memanglah pendidikan khas ini
merupakan satu perkara yang susah kerana kena mendidik dan membimbing
kanak-kanak istimewa.
Saya
minta agar elaun RM250 ini juga diberikan kepada guru-guru yang mengajar
di sekolah kanak-kanak pekak. Ini kerana mereka juga memerlukan
skill
kemahiran yang tertentu dan mereka lebih pakar dalam hal ini. Maka saya
minta agar guru-guru pendidikan khas di Sekolah Kanak-Kanak Pekak
Selangor juga diberikan elaun tersebut. Sehingga sekarang tidak ada
elaun yang diberikan kepada mereka.
Tentang
yuran khas, pengurusan sekolah, yuran khas di mana kita telah
dimaklumkan bahawa yuran khas untuk sekolah rendah RM4.50 dan sekolah
menengah RM9 akan dimansuhkan mulai tahun hadapan. Ini bermaksud
pembiayaan untuk aktiviti peralatan sukan, perpustakaan, seni lukis
dan pertukangan tangan akan ditanggung sepenuhnya oleh kementerian
melalui geran per kapita PCG. Saya hendak tanya, oleh kerana tanggungan
yang lebih apakah kadar PCG akan dinaikkan untuk diberikan kepada
sekolah, ini yang pertama. Keduanya, apakah kadar PCG untuk sekolah luar
bandar, sekolah kurang murid akan diberi lebih
berbanding dengan
sekolah-sekolah yang lain kerana mereka memerlukan lebih banyak
perbelanjaan.
Sehubungan dengan perkara itu juga Tuan Pengerusi, bayaran tambahan
telah pun
diumumkan oleh pihak kementerian dan yang mengelirukan masyarakat ialah
tentang bayaran
tambahan ialah tentang kertas ujian dalaman, sukan tahunan sekolah dan
juga skim lindungan diri dan MSSM. Persoalannya ialah pertama, adanya
pakej yang berlainan, apakah kos bekalan kertas ujian ini di kawasan
luar bandar dan kawasan bandar itu berlainan kosnya. Maka perlulah ada
pakej-pakej yang berlainan, itu yang pertama. Keduanya, skim
perlindungan insurans dan MSSM. Kita hendak tanya mengapa semuanya sama,
ada yang katakan di bandar risiko lebih
tinggi, maka perlu lebih tinggi. Maka apakah adakan kadar bayaran yang
berlainan, termasuk
juga yuran MSSM.
Tentang
ini sebab peluang kemudahan latihan untuk pelajar luar bandar dan bandar
berlainan, mengapa yuran ini sama sahaja untuk semua? Maka saya minta
agar pihak kementerian dapat melihat semula perkara ini.
Akhir
sekali Tuan Pengerusi, ialah tentang pengurusan buku teks. Saya minta
agar pihak kementerian dapat memberikan buku teks sama rata dan semua
dibekalkan kepada semua sekolah, sama ada sekolah bantuan kerajaan
seperti mana yang dijanjikan termasuklah buku teks untuk mata pelajaran
Sains dan Matematik dalam bahasa-bahasa yang berkaitan, terima kasih
Tuan Pengerusi.
|