|
(Extracted
from hansard dated 10-12-2007)
10.23 mlm.
Tuan Loh Seng
Kok [Kelana Jaya]:
Terima kasih Tuan
Pengerusi. Butiran 040000 - Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Tuan Pengerusi,
kerajaan telah berbelanja berpuluh-puluh juta ringgit untuk menangani
masalah penyalahgunaan dadah melalui pusat serenti kerajaan dan juga
PEMADAM, PENGASIH, PENGAMAN dan sebagainya. Walau bagaimanapun ada
segolongan pusat-pusat pemulihan dadah yang bukan swasta, yang juga
bukan kerajaan yang juga telah membantu untuk menangani masalah ini,
tetapi tidak diberi bantuan dan selama ini telah diabaikan.
Saya sendiri telah
menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri bertemu dengan 21 pusat
pemulihan dadah, di mana kita telah mengadakan sukan untuk mereka,
dihadiri oleh 500 orang bekas penagih dadah yang telah pun menyesal dan
ingin balik ke pangkuan masyarakat dan sekarang ini sedang menjalankan
pemulihan di pusat-pusat pemulihan dadah bukan kerajaan. Pusat-pusat
pemulihan dadah ini, mereka bergantung pada sumbangan dan derma orang
awam untuk menjalankan rawatan dan pemulihan. Oleh itu dari segi
keberkesanannya kita telah mendapati bahawa mereka memang berkesan dalam
membantu bekas-bekas penagih ini untuk balik semula ke pangkuan
masyarakat.
Walaupun mereka
bukan kerajaan, tetapi dari segi kos per kapitanya, saya rasa mereka
telah berbelanja dengan minimum tetapi kesannya amat berkesan, amat
efektif kalau berbanding dengan pusat-pusat serenti kerajaan, di mana
kos per kapita yang dibelanjakan di pusat-pusat serenti kerajaan adalah
tinggi. Tambahan pula program-program pemulihan dan program susulan yang
dijalankan itu memang nampak hasilnya, di mana tidak ada kes ulang dan
tidak ada kes lari semasa menjalani proses pemulihan dan tidak ada juga
kes di mana pegawai membawa masuk bekalan dadah kepada mereka, tetapi
mereka menghadapi masalah kewangan di mana bukan semua orang menderma
dan menyumbang. Setiap bulan mereka terpaksa membiayai RM15,000.00 ke
RM30,000.00 untuk membiayai kos sewa bangunan, tadbir urus dan
sebagainya.
Maka dengan itu,
saya mintalah kepada pihak kerajaan dapat melihat supaya memberi bantuan
kepada mereka dan tidak minta bantuan setiap bulan. Cuma satu kali
token
sebagai
pengiktirafan kepada mereka iaitu lebih RM15,000.00 ataupun RM20,000.00
setahun kepada mereka sebagai pengiktirafan kepada mereka.
Perkara yang
terakhir ialah tentang balai-balai dan pondok-pondok polis Butiran
12000. Sebuah balai baru akan dibina di USJ 8. Saya cadangkan oleh sebab
balai polis USJ 8 yang baru dibina ini menggantikan balai yang lama,
saya cadangkan agar namanya ditukar menjadi Balai Polis USJ, dan
bukannya menggunakan Balai Polis USJ 8. Kerana kawasan ini melingkungi
USJ 1 hingga USJ 22 luas kawasan pentadbiran adalah 25 kilometer persegi.
Saya hendak tanya bilakah Balai Polis USJ ini akan siap dibina dan saya
harap dapat digunakan tahun hadapan? Apakah kos yang terlibat dan apakah
spesifikasi pembinaan tersebut?
Saya minta juga
supaya pihak kementerian menerima cadangan saya agar ditubuhkan
unit-unit yang tertentu di balai tersebut. Kerana balai ini akan menjaga
lebih kurang 30,000 unit perumahan dan juga 180,000 penduduk di situ.
Maka saya rasa unit siasatan, unit trafik, unit narkotik dan sebagainya
boleh ditempatkan di situ, ditambahkan lagi anggota-anggota polis dan
saya hendak tanya, apakah unjuran anggota polis yang akan ditempatkan di
Balai Polis USJ ini? Mereka juga meminta agar kereta peronda ditambahkan
kerana ini di kawasan bandar.
Di kawasan bandar,
sekarang ini penjenayah melakukan jenayah bukan hanya pada waktu Malam,
waktu siang pun, mereka melakukan rompakan seperti mana yang terkena
oleh pihak tertentu dan Tuan Pengerusi pun kena. Rumahnya kena rompak
waktu siang, maka saya rasa perlunya ada kereta peronda ditambah di
kawasan bandar.
Selain daripada
itu, senjata dan juga talian telefon. Macam di Balai Polis Kelana Jaya,
hanya ada satu talian sahaja. Balai Polis USJ ada dua talian sahaja. Ini
tidak cukup. Maka saya mintalah supaya kementerian melihat perkara ini
dan minta penjelasan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
|