|
(Extracted from hansard dated 10-12-2007)
7.02 mlm.
Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]:
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya
ingin menyentuh Butiran 030000 - Imigresen dan juga 040000 - Pendaftaran
Negara.
Tuan
Pengerusi, kita sentiasa mendengar jawapan daripada pihak Kementerian
Hal Ehwal Dalam Negeri apabila mempersoalkan tentang hal permohonan
kewarganegaraan ataupun permohonan penduduk tetap (PR). Sering kali kita
diberitahu bahawa ini memanglah kuasa pihak kementerian, budi bicara
kementerian. Memang inilah menjadi alasan bagi pihak kementerian, tetapi
saya rasa ada kes-kes yang
genuine
yang memang
perlu diberi perhatian yang teliti.
Saya pernah
membangkitkan perkara ini agar apabila pihak kementerian hendak
meluluskan pemberian penduduk tetap atau kewarganegaraan kita harus
melihat latar belakang seseorang pemohon itu. Setakat ini kita lihat
berpuluh-puluh ribu mereka yang mendapat taraf penduduk tetap, kita
tidak tahu latar belakangnya, kita tidak tahu kelayakan akademiknya,
kita tidak tahu kedudukan sosioekonominya kerana ini bukan kriteria yang
utama bagi kementerian. Sehinggakan saya rasa ramai di antara mereka ini
telah memberi masalah sosial kepada negara kita dari segi pekerjaan dan
sebagainya. Saya rasa perkara ini perlu dilihat.
Saya ada
beberapa kes yang saya bawakan di sini. Walaupun ada kes-kes yang lain
yang hendak dibawa tetapi mereka telah merayu kepada saya supaya jangan
bawa kes ini kepada kementerian kerana takut ditekan oleh pihak pegawai.
Apabila bila mereka berjumpa dengan pegawai, mereka kata, “Inilah
kuasa saya. You tunggulah. Sabarlah. Kalau you bawa kepada orang lain
you tengoklah boleh dapat atau tidak”
Ini memang
berlaku. Maka saya rasa kalau mengatakan tentang budi bicara itu
kadang-kadang budi bicara itu telah disalahgunakan. Kadang-kadang pula
pihak pemohon digesa, “Datanglah
berbicara dengan saya selepas waktu pejabat. Kita bicara di tempat lain”.
Ini memang berlaku. Cuma pemohon itu takut dan khuatir
kalau dibawa ke pihak atasan maka susah untuk mereka mendapat kelulusan.
Beberapa kes ini saya mintalah perhatian daripada pihak kementerian.
Pertama
ialah
tentang
permohonan kewarganegaraan Encik Lee Hai Wang. No kad pengenalan
550711-71- 5501. Beliau telah mendapat taraf penduduk tetap sejak tahun
1967 semasa beliau berumur 12 tahun. Sekarang beliau telah berumur 52
tahun. Ibu bapa, isteri dan tiga orang anaknya adalah warganegara
Malaysia. Pemohon telah pun lulus ujian bahasa Malaysia di bawah Perkara
16
dan Perkara 19(1)(A) Perlembagaan
semasa memohon kewarganegaraan pada tahun 1982. Sudah 25 tahun, sampai
sekarang masih tidak dapat diberikan kewarganegaraannya. Beliau adalah
seorang peniaga yang berjaya dan seorang yang jujur tetapi saya hairan
mengapa masih tidak diberikan kewarganegaraannya. Pada hal ahli
keluarganya semuanya adalah bertaraf warganegara.
Kes kedua
ialah Nakajima Miya. Nombor pasport MZ0285238. Pada tahun 2006 beliau
mendapat kelulusan UPSR 4A 1C. Empat A termasuk mata pelajaran bahasa
Malaysia yang mendapat A. Ibunya adalah warganegara Malaysia dan bapanya
adalah orang Jepun tetapi telah memohon menjadi penduduk tetap. Tahun
depan beliau masuk ke tingkatan dua. Sudah beberapa lama duduk di sini
dan memohon untuk menjadi PR sahaja. Adiknya yang berumur 10 tahun sudah
pun menjadi warganegara. Sebagai kakak hendak memohon menjadi
penduduk tetap pun menghadapi masalah. Saya rasa perkara ini perlu
dilihat. Kalau tidak pelajar ini setiap kali kena mengecap pasportnya.
Saya rasa ini tidak adil kepada pelajar ini.
Tuan
Pengerusi, kes yang ketiga. Saya hairan mengapa Timbalan Menteri Hal
Ehwal Dalam Negeri perlu menulis surat kepada pihak jabatan untuk
seorang wanita yang bernama Ding Jun. Beliau telah memohon untuk menjadi
penduduk tetap. Semasa beliau memohon suaminya telah menghidapi kanser
dan meninggal dunia. Anaknya yang berumur sembilan tahun dan enam tahun
adalah warganegara Malaysia, tetapi pihak kementerian tidak mahu
memberikan taraf penduduk tetap dan suruh beliau balik ke negeri China.
Apakah ini dasar kemanusiaan negara kita melihat adanya orang yang
menjadi anak yatim dan hartanah suaminya tidak tentu arah dan masuk ke
tangan siapa? Pemohon ini adalah Puan Ding Jun. Nombor pasport
P149123116 PRC.
Saya rasa
perkara ini perlu dilihat. Saya tidak tahu mengapa Yang Berhormat
Timbalan Menteri dalam kementerian yang sama perlu merayu kepada pihak
jabatan. Sepatutnya ini tidak berlaku. Kalau ini berlaku, sepatutnya
Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi arahan kepada jabatan untuk
memberi kelulusan hanya untuk menjadi penduduk tetap sahaja. Beliau ada
membuat
business
di sini tetapi tidak diberi taraf
penduduk tetap. Saya rasa perkara seperti ini patut dilihat semula oleh
pihak kementerian supaya mekanisme untuk meluluskan permohonan
kewarganegaraan ataupun penduduk tetap perlu diteliti semula supaya
tidak ada penyelewengan ataupun penyalahgunaan kuasa di peringkat
pegawai. Dengan itu saya memohon agar kementerian dapat melihat
ketiga-tiga kes ini. Ada empat kes lagi, mungkin saya tidak sempat saya
sebutkan tetapi saya mohonlah perkara ini dapat dilihat kerana ada
beberapa pemohon telah menyatakan jangan dibawa ke dalam Parlimen. Kalau
dibawa masuk dalam Parlimen nama akan dicatat maka mungkin diambil
tindakan oleh pihak pegawai. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
|