|
(Extrated from
hansard dated 19-12-2007)
10.50 am
Tuan Loh Seng
Kok [Kelana Jaya]:
Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat bagi Alor Star. Tadi dua
kali Yang Berhormat bagi Alor Star menyebutkan tentang rehabilitasi
kepada banduan-banduan yang diberi parol di dalam kawasan yang tertentu.
Saya nak minta penjelasan daripada Yang Berhormat bagi Alor Setar.
Apabila disebutkan rehabilitasi, apakah sepatutnya dilakukan dalam
tempoh rehabilitasi itu sebab di dalam undang-undang tertentu, kita pun
nampak bahawa apabila seseorang melakukan kesalahan, untuk
merehabilitasikan seseorang itu, maka orang itu dikehendaki untuk
menjalankan khidmat komuniti di dalam kawasan yang tertentu. Apakah
dalam maksud rehabilitasi itu termasuklah program-program khidmat
masyarakat yang dikehendaki dijalankan oleh orang-orang yang diberi
parol ini? Minta penjelasan Yang Berhormat.
Dato' Chor Chee
Heung [Alor Star]:
Terima kasih Yang
Berhormat dari Kelana Jaya. Memang benar apa yang disebutkan oleh Yang
Berhormat memang benar. Jika kita menyebut tentang konsep
rehabilitasikan seseorang banduan, maksudnya kita juga harus, yang
pertama sekali kita kena membeza-bezakan dulu penjenayah-penjenayah yang
terlibat dengan jenayah yang berat seperti di bawah
Fourth Schedule
ataupun Jadual
Keempat ataupun jenayah-jenayah yang lebih ringan di luar pada Jadual
Keempat.
Mungkin bila kita
sebut tentang konsep rehabilitasi ini, kita tertumpu kepada
banduan-banduan yang tersabit dengan jenayah-jenayah di luar
Schedule
Empat ataupun Jadual
Keempat di mana semasa mereka menjalani hukuman mereka ini di dalam
penjara...
… Memang terdapat
banyak program kita harus memberi supaya banduan ini mengikuti seperti
khidmat masyarakat. Pada sekian masa kena keluar untuk memberi khidmat,
dalam penjara pun mereka ini sentiasa diberikan
tuition
dengan izin, tuisyen
macam mana kita nak menyumbang balik kepada masyarakat dan lain-lain.
Ini adalah maksud rehabilitasi
or
maksud
correctional.
Sekian, terima kasih, Yang Berhormat.
11.44 am
Tuan Loh Seng
Kok [Kelana Jaya]:
Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Tadi Yang
Berhormat sebut tentang kembali kepada masyarakat bagi membolehkan
penghuni-penghuni penjara itu dapat berlaku ke masyarakat. Kita ada dua
pilihan. Sama ada seseorang yang diberi parol itu balik ke kampung
asalnya atau dihantar ke daerah yang lain untuk menjalankan parol.
Apakah pandangan Yang Berhormat sama ada boleh tak diterima? Kita
membolehkan mereka balik ke kampung asal mereka untuk menjalankan tempoh
parol itu. Apakah Yang Berhormat terima cadangan ini?
Datuk Bung
Moktar bin Radin [Kinabatangan]:
Pada saya di mana
yang terbaik itu yang harus kita laksanakan. Kedua-duanya pun memang
boleh sama ada mungkin di tempat daerah dia sendiri atau di daerah orang
lain ataupun mungkin untuk melindungi. Sebab kadang-kadang masyarakat
ini apabila masalah itu telah dihukum penjara mahu kembali kepada
pangkuan masyarakat pun payah, payah diterima sebab apa sahaja masalah
berlaku pesalah itu yang dituduh. Kalau dia pencuri, orang lain yang
mencuri pun dia juga yang disyaki. Inilah masalah kelompok masyarakat
kita tidak boleh menerima orang yang berhasrat kembali ke masyarakat.
|