|
(Extracted from hansard dated
13-11-2007)
11.49 pg.
Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]:
Ya,
terima kasih Tuan Pengerusi. Maksud Bekalan 13 Butiran 050000 -
Institusi Diplomasi Dan Hubungan Luar Negeri. Tuan Pengerusi, seperti
mana yang kita tahu bahawa IDHL ini perlu mengendalikan program latihan,
program penyelidikan dan kajian analisis serta perkhidmatan rundingan
dalam bidang diplomasi dan hubungan antarabangsa.
Ia
memainkan peranan yang sangat penting dalam melatih pegawai-pegawai dan
kita semua sedia maklum bahawa negara kita ingin menjadi warga global
or global player
di dalam
arena antarabangsa sama ada di dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
ataupun lain-lain badan di peringkat antarabangsa di mana negara kita
boleh memainkan peranan yang penting.
Maka saya nak
tanya pihak kementerian, dalam hal ini, dalam program latihan kita
dapati bahawa seperti contohnya di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
terdapat pelbagai pertubuhan jawatankuasa di mana memerlukan tenaga
kerja yang begitu ramai untuk memegang jawatan-jawatan
yang seperti jawatan eksekutif dan jawatan penyelidik di UNICEF, di
UNESCO, UNDP,
UNDPKO dan sebagainya.
Malangnya, kita
dapati bahawa tidak ada warga negara Malaysia yang dihantar ataupun
yang dicalonkan oleh negara kita untuk bertugas memegang jawatan-jawatan
yang penting dalam badan-badan antarabangsa ini.
Maka, saya hendak
tanya apakah jenis latihan yang telah dilakukan di dalam institusi ini?
Perkara kedua yang
saya hendak bangkitkan Tuan Pengerusi, ataupun maksud Bekalan
13, Butiran 010400 - Undang-undang Antarabangsa Dan Triti dan
kementerian juga bertanggungjawab untuk memastikan mana-mana dokumen
ataupun perjanjian dan pelaksanaan dasar-dasar yang berkaitan dengan
perhubungan antarabangsa dapat dilaksanakan dan diselaraskan dengan
undang-undang dan peraturan serta pekeliling yang terdapat di Malaysia
dengan undang-undang
antarabangsa serta peruntukan mana-mana perjanjian ataupun triti ataupun
konvensyen di mana Malaysia adalah negara anggota. Kita tahu bahawa
negara kita telah mengambil bahagian di
dalam operasi
peace-keeping
sekian lama
semenjak tahun 60-an.
Baru-baru
ini juga telah dihantar dua pasukan, satu pasukan angkatan tentera dan
juga satu pasukan polis untuk
memainkan peranan dalam operasi ''peace-keeping”
di sini.
Saya difahamkan,
ada
Memorandum of Understanding
belum
ditandatangani padahal
sekian lama negara kita telah pun menghantar pasukan-pasukan tertentu
beberapa kali. Perjanjian tersebut sudah menjadi sesuatu yang sangat
biasa. Oleh itu, saya hendak bertanya
bagaimanakah pihak kementerian tandatangan perjanjian-perjanjian
tersebut seperti
Memorandum of Understanding?
Sebab ini akan menjejaskan kredibiliti negara kita di peringkat
antarabangsa sekiranya
Memorandum
of Understanding
tidak
ditandatangani dan pasukan kita telah pun dihantar ke luar negeri. Oleh
itu saya rasa ini akan menjejaskan negara kita dari segi kredibiliti dan
keupayaan kita dalam menangani hal ehwal antarabangsa.
Perkara yang
terakhir yang saya ingin bangkitkan di sini ialah tentang Maksud
Pembangunan 13, iaitu Butiran 00100 - Pejabat-pejabat
dan Bangunan-bangunan di Seberang Laut dan juga Butiran 00300 -
Pembekalan Perabot &
Kelengkapan Perwakilan di Seberang Laut.
Tuan Pengerusi,
setiap tahun kita berbelanja sangat tinggi untuk membayar sewa rumah
bagi anggota-anggota kita yang ditempatkan di luar negara. Sebagai
contohnya, saya tahu bahawa seorang anggota pentadbiran yang ditempatkan
di New York, unit sekadar sewa yang boleh dibayar oleh kerajaan kita
untuk anggota tersebut ialah setiap bulan, USD9,000 untuk
kediamannya dan setiap anggota itu ditempatkan di tempat-tempat yang
berlainan.
Selain
daripada itu, kerajaan juga membayar sewa untuk pejabat-pejabat tertentu
beribu-ribu
US Dollar. Maka ini adalah satu anggaran yang sangat besar yang akan
membebankan negara kita. Oleh itu, untuk kebaikan jangka masa panjang,
saya hendak tanya, apakah
rancangan pihak kementerian supaya kita membeli bangunan-bangunan yang
tertentu yang dapat menjimatkan duit dan pada masa jangka panjang ada
appreciation
harta di
luar negara. Maka ini tidak akan membebankan negara kita dan pada masa
yang sama, apabila kita menghantar pegawai yang mengambil alih pegawai
yang lepas pulang, ada sedikit kecenderungan di mana ada pegawai suka
membuat
renovation
tempat
kediamannya ataupun pejabatnya. Maka ini juga menelan perbelanjaan-perbelanjaan
yang tinggi.
Dalam
hal ini, saya hendak minta pandangan kementerian ataupun ketetapan
kementerian, berapa kerapkah anggota dihantar dan berapa kerapkah
renovation
dibuat
di dalam unit kediaman ataupun pejabat-pejabat kita di luar negara
supaya kita tidak membazir banyak duit.
…. Dengan itu yang
akhir sekali, tentang hal ini yang sama, di mana saya hendak tanya
bagaimanakah pihak kementerian melupuskan kelengkapan ataupun
perabot-perabot sekiranya ada
renovation
pejabat-pejabat ataupun unit kediaman dilakukan? Sekian, terima kasih.
|