|
Seorang isteri bukan Islam, diberitahu
bahawa sebaik sahaja suaminya memeluk agama Islam, suami tersebut berhak
berkahwin dengan wanita lain, walaupun masalah perkahwinan mereka belum
selesai. Si suami yang baru sahaja memeluk agama Islam ini juga
mempunyai lebih hak daripada beliau.
Seorang ibu, diberitahu bahawa beliau
dikecualikan dalam membuat keputusan untuk agama anaknya, dan suaminya
yang baru memeluk agama Islam boleh menukar agama anak mereka tanpa
persetujuan beliau.
Ibu berkenaan pergi ke mahkamah untuk
membatalkan pertukaran agama anak ini tetapi diberitahu bahawa mahkamah
tinggi tiada kuasa untuk mendengar kesnya. Malah beliau diberitahu agar
pergi ke mahkamah syariah, walaupun beliau bukan seorang Islam.
Beliau diberitahu oleh mahkamah tinggi
bahawa kedua-dua ibu bapa mempunyai hak jagaan bersama, tetapi jagaan
dan kawalan sebenar yang diberikan kepadanya adalah terikat dengan
syarat 慿aveat? Hak jagaan tersebut boleh dibatalkan sekiranya beliau
cuba mempengaruhi kepercayaan masa kini anak-anaknya.
Keadaan pahit individu-individu seperti
Shamala, Subhashini telah menarik perhatian orang awam. Kes-kes seperti
ini tidak boleh lagi dianggap tidak serius, kerana kini ramai yang
mengemukakan masalah sedemikian dan mencari penyelesaian di mahkamah,
namun tidak mendapat keputusan yang adil.
Status atau kedudukan dan hak isteri serta ibu yang memilih kekal
sebagai Hindu, Kristian atau Buddhist selepas suami mereka memeluk agama
Islam, hendaklah dilindungi, termasuklah anak-anak mereka.
Badan-badan wanita dan juga parti-parti
politik di Malaysia sudah lama menerima permohonan pertolongan daripada
wanita-wanita bukan Islam yang mana suami mereka telah memeluk agama
Islam atau sedang merancang.
Mereka berasa bimbang tentang kesan-kesan
pertukaran agama ini terhadap hak dan harapan mereka yang berasaskan
kepada undang-undang perkahwinan sivil yang telah mereka lalui. Apakah
pilihan yang mereka ada apabila pertukaran agama suami ini berlaku.
Perasaan bimbang mereka adalah sekitar isu-isu penceraian, pembahagian
harta, tanggungan, pengagihan dan pewarisan. Hak menjaga anak, dan hak
bersama menentukan agama serta membesarkan anak-anak juga merupakan
perkara-perkara yang amat membimbangkan mereka.
Parlimen kita mempunyai tanggungjawab
bersama untuk melindungi hak-hak mereka yang telah memilih kita. Kita
harus membahaskan isu-isu ini kerana institusi ini mempunyai
tanggungjawab, kewajipan dan obligasi untuk mendukung dan menggubal
undang-undang supaya rakyat Malaysia dapat melaksanakan hak-hak
perlembagaan mereka.
Mahkamah
hendaklah meyakinkan rakyat bahawa undang-undang dan tafsiran
undang-undang tersebut hendaklah memberi penyelesaian yang kukuh, adil
dan saksama. Walaupun ia akan dilihat sebagai isu-isu sensitif kerana
ianya berkaitan dengan agama, saya pasti tiada agama yang membenarkan
wujudnya ketidakadilan. Rukun Negara jelas menyeru kita semua mempunyai
kepercayaan kepada Tuhan dan mendukung Perlembagaan.
Tahun lepas, kita telah dijaminkan oleh
Dato?Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, Menteri di JPM bahawa Pejabat Peguam
Negara telah diarahkan untuk mengkaji hal ini dengan teliti dan
berhati-hati agar dapat mencari satu penyelesaian yang sempurna dan
diterima semua pihak.
Undang-undang haruslah diperbaharui untuk
memastikan bahawa apabila salah seorang daripada pasangan itu memeluk
agama Islam, hak-hak dan kelayakan isteri atau suaminya, anak-anak dan
ahli keluarga yang lain kekal tidak berubah di bawah undang-undang sivil.
Isu-isu yang berkaitan dengan perkahwinan akibat penukaran agama ini
mesti diselesaikan mengikut undang-undang sivil, dan bukan mengikut
undang-undang Islam yang digubal di peringkat negeri, kerana upacara
perkahwinan disempurnakan dengan penggunaan undang-undang sivil. Lagi
pun, penggubalan undang-undang mesti diubahsuaikan untuk menyatakan
bahawa hanya mahkamah sivil mempunyai kuasa untuk mendengar apa
sahaja kes, khususnya
kes-kes perkahwinan yang didaftarkan secara sivil.
Saya menyokong sepenuhnya bahawa setiap
orang berhak memeluk apa-apa agama pilihannya.
Tetapi pelaksanaan hak-hak tersebut tidak boleh merampas hak-hak
orang lain, yang boleh membawa kemunduran sehingga menyebabkan hak-hak
ahli keluarga, makin berkurangan dan lebih teruk daripada sebelumnya.
Hak dan kelayakan pasangan yang tidak
bertukar agama mesti dijamin dan apa-apa penyelesaian secara
undang-undang mestilah menurut Perlembagaan.
Ingin saya menegaskan di sini, bahawa
mendukung Perlembagaan tidaklah bercanggah dengan kepercayaan mana-mana
agama atau prinsip.
Salam hormat daripada
Loh Seng Kok
|